BERITA TERKINI   UNGA: Malaysia gesa pihak terlibat redakan ketegangan di Asia Barat | Kuasa pertengahan, ASEAN boleh bantu rangka keputusan global - Mohamad Hasan | PBB mesti beralih daripada sekadar bereaksi kepada pencegahan, terutamanya di Gaza - Mohamad Hasan | Selatan Global perlu peranan lebih besar dalam tadbir urus AI - Mohamad Hasan | Kuasa veto Majlis Keselamatan PBB mesti dicabar, dimansuhkan - Mohamad Hasan | 

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki pergerakan menurun dalam niaga hadapan getah serantau dan minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga.

Menurut peniaga itu, niaga hadapan getah Jepun menyusut apabila yen kekal kukuh. Mengenai penurunan dalam harga minyak, peniaga berkata harga berkurang dalam jangkaan bekalan semula dari Kazakhtan. 

Ad Banner

Ketika ini, minyak mentah Brent masih susut 0.67 peratus kepada US$65.15 setong.

Peniaga itu berkata ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Timur Tengah terus memberi kesan kepada sentimen pasaran. 

“Ketegangan geopolitik yang semakin memuncak melibatkan Iran dan Timur Tengah, apabila kapal-kapal Amerika Syarikat mula tiba di rantau ini, telah menjejaskan pasaran global,” katanya kepada Bernama. 

Ad Banner
Ad Banner

Bagaimanapun, beliau berkata penurunan selanjutnya dihadkan oleh kebimbangan mengenai kekurangan bekalan bahan mentah di negara pengeluar utama. 

“Laporan menunjukkan bahawa kegiatan menoreh getah di utara Thailand dan Vietnam semakin perlahan, sekali gus mengekalkan harga menjelang musim puncak,” katanya, sambil menambah bahawa penurunan selanjutnya juga dihadkan oleh jualan kereta global yang menggalakkan. 

“Jualan kereta Kesatuan Eropah terus menunjukkan pemulihan pada Disember, dengan kenderaan elektrik sepenuhnya mengatasi petrol buat kali pertama, apabila model elektrik mencatatkan rekod 67 peratus daripada pendaftaran,” katanya. 

Pada 3 petang, Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 berkurang 4.5 sen kepada 744.00 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut satu sen kepada 575.00 sen sekilogram. 

-- BERNAMA