BERITA TERKINI   Parkir terbakar: Pusat beli-belah terlibat di Johor Bahru mula beroperasi seperti biasa sekitar 7 malam - Bomba | Parkir bawah tanah sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru terbakar, 11 kenderaan terjejas - Bomba | Gempa bumi sederhana magnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada 9.11 malam – METMalaysia | Kemajuan teknologi, ekonomi tidak bermakna tanpa perpaduan, keamanan negara - PM Anwar | Umat Islam wajib kuasai AI, tapi mesti berakar pada nilai iman dan akhlak - PM Anwar | 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu dalam persekitaran pandangan berbeza dalam kalangan pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS mengenai kadar faedah.

Pada 8.01 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 3.9250/9360 berbanding dolar AS daripada 3.9295/9360 semasa penutupan pada Selasa.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Gabenor Fed AS Stephen Miran yang konsisten dalam pandangannya, menunjukkan bahawa kadar dasar semasa adalah bersifat mengekang dan harus diturunkan untuk menyokong ekonomi.

Sementara itu, beliau berkata presiden Federal Reserve Bank of Richmond, Tom Barkin mencadangkan bahawa kadar faedah tahun lepas adalah pemotongan insurans (langkah perlindungan) untuk mencegah kelemahan selanjutnya dalam pasaran buruh.

Pada 28 Januari, Fed AS memutuskan untuk menangguhkan penurunan kadar faedah pada mesyuarat pertamanya pada 2026, mengekalkan kadar dana persekutuan (FFR) stabil dalam julat 3.50-3.75 peratus.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Mohd Afzanizam semalam berkata ringgit mengekalkan trend menaiknya berbanding dolar AS pada penutupan, dan ia nampaknya akan meneruskan trajektori menaiknya dengan sokongan segera pada RM3.8722.

“Mungkin hari ini, pergerakan harga semasa dolar AS dan ringgit atau USD/MYR boleh berlegar antara 3.92 hingga 3.94,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.5189/5262 daripada 2.5210/5253 ketika ditutup pada Selasa, bagaimanapun susut berbanding euro kepada 4.6370/6500 daripada 4.6341/6417 dan merosot berbanding pound Britain kepada 5.3749/3900 daripada 5.3704/3793.

Ringgit didagangkan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0898/0990 daripada 3.0919/0973, meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.3942/4376 daripada 12.4584/4845 dan melonjak berbanding rupiah Indonesia kepada 234.2/235.0 daripada 234.5/235.0 sebelumnya.

Bagaimanapun, ia merosot berbanding peso Filipina kepada 6.71/6.73 daripada 6.66/6.68 pada Selasa.

-- BERNAMA