BERITA TERKINI   Kerugian bersih Berjaya Corporation berkurangan kepada RM340.36 juta pada Tahun Kewangan 2026 daripada RM541.97 juta pada 2025 | Keuntungan bersih RHB Bank meningkat kepada RM807.15 juta pada suku kedua Tahun Kewangan 2026 daripada RM803.50 juta pada tempoh yang sama tahun lepas | AUKU dimansuhkan untuk beri ruang mahasiswa bersuara secara bebas, kembang pemikiran kritis - PM Anwar | Kerajaan peruntuk RM200,000 untuk selenggara IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam - PM Anwar | Kerajaan setuju untuk sediakan peruntukan elaun Tingkatan Enam dalam Belanjawan 2027 - PM Anwar | 

Aerotrain KLIA: MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta Kepada IJMC-Pestech JV

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengenakan penalti Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) sebanyak RM9.1 juta terhadap kontraktor, ALSTOM IJM Construction Sdn Bhd dan Pestech Technology Sdn Bhd (IJMC-Pestech Joint Venture).

Kementerian Pengangkutan berkata tindakan itu susulan kegagalan mereka menyiapkan projek aerotrain baharu di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Penalti berkenaan (LAD) dikenakan selama 91 hari, bermula pada 1 April, 2025 sehingga 30 Jun, 2025. 

Ad Banner

"Seperti termaktub dalam kontrak, jumlah LAD dikenakan adalah sebanyak RM100,000 sehari atau jumlah keseluruhan sebanyak RM9.1 juta," katanya menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Dewan Rakyat.

Kementerian itu menjawab soalan daripada Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai jumlah nilai LAD atau penalti yang dikenakan oleh MAHB terhadap kontraktor Alstom IJM-Pestech Joint Venture ekoran kegagalan menyampaikan projek Aerotrain baharu secara memuaskan.

Terdahulu, MAHB berkata penilai kereta api bebas mengesahkan bahawa sistem Aerotrain KLIA beroperasi seperti dirancang dengan gangguan perkhidmatan diperhatikan sejak ia beroperasi adalah biasa dihadapi pada fasa operasi awal sistem kereta api yang kompleks.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Penilai itu mendapati bahawa gangguan tersebut tidak menimbulkan risiko keselamatan kerana kawalan kejuruteraan berstruktur dan pemantauan berterusan disediakan untuk menguruskan isu-isu tersebut dengan berkesan.

-- BERNAMA