BERITA TERKINI   Gempa bumi 7.5 magnitud di Jepun: Loji nuklear Fukushima Daiichi, Daini tidak melaporkan sebarang keabnormalan - Kyodo | Gempa bumi 7.5 magnitud di Jepun: Loji nuklear Fukushima Daiichi, Daini tidak melaporkan sebarang keabnormalan - Kyodo | Jepun gantung perkhidmatan kereta api laju Tokyo-Aomori susulan gempa bumi 7.5 magnitud - lapor Kyodo | Magnitud gempa bumi di Jepun disemak semula kepada 7.5; tsunami dikesan di luar pesisir Iwate dan Aomori di Lautan Pasifik - lapor Kyodo | Gempa bumi kuat berukuran 7.4 magnitud landa luar pesisir timur laut dan utara Jepun pada Isnin, amaran tsunami dikeluarkan, lapor media | 
Ad Banner

Konflik Geopoliitk Naikkan Harga MSM 10 Peratus Kepada RM4,592 Satu Tan Sejak Minggu Lepas - HLIB

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Konflik geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat telah menaikkan harga minyak sawit mentah (MSM) kira-kira 10 peratus kepada RM4,592 satu tan sejak minggu lepas, mendorong kenaikan harga minyak mentah dan mewujudkan kebimbangan mengenai peningkatan kos tenaga dan baja.

Menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB), walaupun masih belum jelas mengenai tempoh ketegangan geopolitik akan berterusan dan sejauh mana kenaikan harga MSM dapat dikekalkan, lonjakan harga MSM pada masa ini dijangka menyokong pendapatan syarikat perladangan untuk tempoh jangka pendek, terutamanya peserta huluan berdasarkan leveraj operasi mereka yang tinggi terhadap harga MSM.

“Kami berasa lega kerana kebanyakan syarikat di bawah liputan kami telah memenuhi keperluan baja mereka untuk tahun kewangan semasa,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini, sambil menambah lonjakan harga minyak mentah juga telah menjadikan biodiesel kembali menarik.

Ad Banner
Ad Banner

Katanya ketegangan yang berpanjangan boleh meningkatkan kos pengeluaran dalam jangka masa panjang berikutan konflik tersebut akan berlarutan dan mengganggu aliran perdagangan melalui Selat Hormuz.

Selain itu, harga baja dijangka meningkat lagi berikutan bekalan yang terhad dan kos pengangkutan yang lebih tinggi, menurut bank pelaburan itu.

“Ini boleh menyebabkan kos perolehan baja yang lebih tinggi apabila syarikat perladangan berunding untuk tender seterusnya, berpotensi meningkatkan kos pengeluaran MSM dalam tempoh berikutnya,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner

Bagaimanapun, HLIB mengekalkan jangkaan purata harga MSM 2026 sebanyak RM4,200 satu tan buat masa ini, menunggu perkembangan seterusnya mengenai ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat.

-- BERNAMA