BERITA TERKINI   Sebanyak RM645,000 diperuntuk bagi pelaksanaan wakaf air, pemasangan kemudahan solar di masjid terpilih di Kelantan - PM Anwar | Kerajaan peruntuk RM2.5 juta untuk sedia kemudahan rawatan dialisis di beberapa masjid terpilih di Kelantan - PM Anwar | Institusi pendidikan pondok perlu kekalkan pengajian turath atau warisan keilmuan Islam, manfaat teknologi moden - PM Anwar | Institusi pondok berperanan sebagai benteng pertahankan akidah, akhlak, sahsiah dan adab - PM Anwar | Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor esok ditangguhkan ke 7 Nov - Istana Alam Shah | 

Sorento Capital Sasar Berpindah Ke Pasaran Utama Menjelang Suku Ketiga 2026

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Sorento Capital Bhd bercadang untuk memindahkan status penyenaraiannya daripada Pasaran ACE kepada Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Syarikat peralatan sanitari bilik mandi dan dapur itu berkata pemindahan berkenaan dijangka selesai menjelang suku ketiga 2026.

“Cadangan pemindahan ini mencerminkan daya tahan kewangan kumpulan dan keupayaannya untuk memenuhi kriteria rekod prestasi keuntungan bagi pemindahan ke Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Ad Banner
Ad Banner

"Lembaga pengarah percaya cadangan pemindahan itu akan meningkatkan kredibiliti, prestij dan kedudukan pasaran syarikat,” katanya dalam makluman di Bursa Malaysia.

Sorento berkata pemindahan yang dicadangkan itu dijangka memberikan lebih keterlihatan dan pengiktirafan yang lebih besar dalam kalangan pelabur yang lebih luas, terutamanya pelabur institusi, serta mencerminkan skala operasi semasa kumpulan dengan lebih baik.

“Ini seterusnya akan meningkatkan daya tarikan dan kebolehpasaran saham Sorento Capital dan seterusnya mengukuhkan keyakinan pihak berkepentingan,” kata kumpulan itu.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Ia menambah cadangan pemindahan itu tidak akan memberi kesan ke atas modal saham yang diterbitkan dan pegangan saham pemegang saham utama Sorento Capital, serta aset bersih, tahap pengearan, pendapatan dan pendapatan sesaham kumpulan berkenaan.

Alliance Islamic Bank Bhd dilantik sebagai penasihat utama untuk cadangan pemindahan itu.

-- BERNAMA