BERITA TERKINI   Ahli IKRAM didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas 158 pertuduhan guna kedudukan untuk memperoleh suapan RM98.27 juta | MIC sah bertanding empat kerusi di PRN Johor, jumlah kerusi di Negeri Sembilan masih dalam perbincangan - Naib Presiden | Bekas ahli IKRAM didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas 158 pertuduhan guna kedudukan untuk memperoleh suapan RM98.27 juta | Permindahan TERAJU ke bawah Jabatan Perdana Menteri membuka peluang luas untuk agensi itu merealisasikan agenda PuTERA35 - Akmal Nasrullah | Tambang ECRL tular hanya spekulasi, kadar sebenar belum dimuktamadkan - MRL | 

Subsidiari KPS Consortium Peroleh Aset Industri Di Rawang Bernilai RM45.5 Juta

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Subsidiari milik penuh KPS Consortium Bhd (KPSCB), KPS Plywood Sdn Bhd, memeterai tiga perjanjian jual beli berasingan dengan Nautical Wealth Sdn Bhd (dalam pembubaran) bagi memperoleh beberapa hartanah di Rawang, Selangor, pada harga RM45.5 juta.

Hartanah berkenaan terletak di Taman Industri Nautical Rawang, Gombak, Selangor, merangkumi 16 unit kilang berkembar empat tingkat, 13 unit kilang kos rendah satu tingkat serta satu lot tanah yang menempatkan sebuah kilang sesebuah empat tingkat.

Perjanjian itu dimeterai menerusi pelikuidasi yang dilantik oleh penjual, Chong Chuan Long.

Ad Banner
Ad Banner

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, KPSCB memaklumkan pemerolehan itu adalah bagi tujuan pelaburan.

“Pemerolehan ini dijangka tidak memberi kesan material kepada pendapatan sesaham, aset bersih sesaham, tahap penggearan, modal saham atau pegangan saham langsung dan/atau tidak langsung pemegang saham utama bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026,” menurut kenyataan itu.

KPSCB turut memaklumkan lembaga pengarah tidak menjangkakan sebarang risiko khusus daripada pemerolehan tersebut selain risiko pasaran biasa.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Lembaga pengarah berpendapat pemerolehan ini adalah demi kepentingan terbaik kumpulan,” katanya, sambil menambah urus niaga itu dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan dari tarikh perjanjian dimeterai.

-- BERNAMA