BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

Ringgit Ditutup Rendah Susulan Lonjakan Harga Minyak, Risiko Geopolitik

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Sentimen berhati-hati susulan ketidaktentuan geopolitik Asia Barat dan lonjakan harga minyak mendorong ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.

Pada 6 petang ini, ringgit turun ke paras 4.0280/0320 berbanding dolar AS daripada 4.0095/0140, semalam.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kebuntuan rundingan AS-Iran akan hanya menjadikan harga minyak kekal tinggi, sekali gus memberi tekanan kenaikan inflasi.

Pada masa sama, katanya, pihak berkuasa di rantau Asia juga telah menegaskan komitmen masing-masing untuk bertindak menstabilkan mata wang masing-masing di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran yang ketara.

Beliau berkata gandingan dolar AS-yen Jepun misalnya telah melepasi paras psikologi 160 yen dan disusuli dengan kenyataan kerajaan Jepun yang bersedia campur tangan dalam pasaran pertukaran asing manakala India pula mempertimbangkan untuk memansuhkan cukai keuntungan modal dalam usaha menarik kehadiran lebih ramai pelabur.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Berikutan itu, pasaran pertukaran asing ini dijangka kekal berhati-hati,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit turut diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama dunia.

Ini termasuk rendah berbandping pound Britain kepada 5.4233/4287 daripada 5.3872/3932, susut nilai berbanding euro kepada 4.6882/6928 daripada 4.6610/6663 serta turun berbanding yen Jepun ke paras 2.5183/5209 daripada 2.5081/5111, semalam.

Selain itu, prestasi sama dicatatkan ringgit berbanding mata wang serantau.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1390/1424 daripada 3.1241/1279, turun berbanding baht Thailand kepada 12.3433/3605 daripada 12.2708/2903.

Unit tempatan itu susut berbanding peso Filipina kepada 6.55/6.56 daripada 6.50/6.52 dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 223.3/223.6 daripada 222.1/222.4, semalam.

-- BERNAMA