BERITA TERKINI   EXCO Kedah Dr Haim Hilman Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban atas tuduhan buat kenyataan cetuskan kebimbangan awam | Ahli IKRAM Fakhrudin Abd Karim didakwa di mahkamah atas 17 pertuduhan pengubahan wang haram lebih RM17 juta | Bekas speaker DUN Johor Puad Zarkashi umum keluar UMNO | 

Niaga Hadapan Emas Susut Berikutan Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, mencerminkan pasaran COMEX AS yang lemah selepas para pelabur mula mengambil untung.

Pada penutupan, kontrak bulan semerta Jun 2026 meningkat kepada US$4,484.50 setiap auns troy daripada US$4,484.20 setiap auns troy yang dicatatkan pada penutupan Khamis; Julai 2026 turun kepada US$4,499.20 setiap auns troy daripada US$4,499.40 dan Ogos 2026 jatuh kepada US$4,513.90 setiap auns troy daripada US$4,515.80.

Kontrak September 2026 susut kepada US$4,518.40 setiap auns troy daripada US$4,520.30, dan Oktober 2026 melemah kepada US$4,522.90 setiap auns troy daripada US$4,524.80 setiap auns troy sebelum ini.

Ad Banner

Jumlah dagangan berkurangan kepada 11 lot berbanding 19 lot yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 60 kontrak daripada 69 kontrak.

Sementara itu, berdasarkan penetapan tengah hari 4 Jun di London Bullion Market Association, emas fizikal berada pada US$4,496.95 setiap auns troy.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner