BERITA TERKINI   PRN NS: Semua pihak harus berkempen secara sihat berasaskan idea dan fakta, bukan fitnah atau perbuatan khianat - Fahmi | PM Singapura Wong umum perubahan Kabinet dan pelantikan politik lain - PMO | Malaysia tetap pertahan kedaulatan negara sekat kemasukan warga Israel, tidak tunduk gertakan wakil kongres AS- PM Anwar | Pengambilan pelajar matrikulasi tanpa kira kaum, latar belakang sosioekonomi penting bagi pastikan akses pendidikan lebih adil - PM | Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi (Pindaan) 2026 | 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Kebanyakan Mata Wang Utama

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kebanyakan mata wang utama lain hari ini, sejajar dengan penyusutan kecil Indeks Dolar AS (DXY) susulan ketegangan yang semakin reda di Asia Barat.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.0665/0780 berbanding dolar AS pada paras 4.0715/0760 ketika ditutup pada Isnin.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY susut sedikit kepada 99.98 mata apabila Iran dan Israel dilihat menunjukkan tanda-tanda meredakan serangan antara satu sama lain, meskipun perkembangan tersebut masih boleh berubah.

“Sentimen pasaran dijangka kekal berhati-hati menjelang pengumuman Indeks Harga Pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) esok.

“Dengan mengambil kira perang yang sedang berlaku dan kesannya terhadap harga bahan api, di samping data guna tenaga bukan ladang (NFP) yang kukuh minggu lepas, Rizab Persekutuan (Fed) dijangka mengekalkan pendirian dasar monetari yang ketat,” katanya kepada Bernama.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4219/4372 daripada 5.4249/4309 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5385/5459 daripada 2.5445/5475, namun susut berbanding euro kepada 4.6879/7011 daripada 4.6867/6919 ketika ditutup semalam.

Mata wang tempatan itu turut diniagakan lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang serantau.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1548/1639 daripada 3.1577/1614, mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.3639/4049 daripada 12.3942/4128, naik berbanding peso Filipina kepada 6.59/6.61 daripada 6.60/6.61, serta meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 223.5/224.3 daripada 223.8/224.2 pada Isnin.

-- BERNAMA