BERITA TERKINI   153 laporan polis diterima setakat 3 petang berhubung kenyataan Puad Zarkashi - Ketua Polis Johor | Singapura naikkan bayaran masuk teksi Malaysia ke S$15 setiap perjalanan bermula 1 Jan, 2027 - LTA  | Malaysia melepasi kapasiti tenaga boleh baharu 13.3GW pada 2025, dipacu oleh pertumbuhan pesat tenaga solar - TPM Fadillah | Malaysia menyasarkan 118 juta liter air terawat sehari menjelang 2030 untuk kegunaan industri, meningkat daripada pengeluaran semasa 48.5 juta liter sehari - TPM Fadillah | 

Niaga Hadapan Emas Pulih Dari Kerugian Untuk Ditutup Tinggi

Oleh Danni Haizal Bin Danial Donald

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengimbangi kerugian semalam untuk ditutup lebih tinggi hari ini, sejajar dengan pengukuhan dalam prestasi COMEX AS serta keadaan dolar US yang semakin lemah.

Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kelemahan dolar US telah menjejaskan sentimen pasaran dan mengakibatkan hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah.

Ad Banner

“Bulion juga mendapat sokongan daripada korelasi positifnya dengan ekuiti AS,” katanya kepada Bernama.

Pada penutupan, kontrak bulan semerta Jun 2026 meningkat kepada US$4,232.70 setiap auns troy daripada US$4,091.50 setiap auns troy pada penutupan Khamis; Julai 2026 menokok kepada US$4,249.30 setiap auns troy daripada US$4,106.50 dan Ogos 2026 bertambah kepada US$4,265.70 setiap auns troy daripada US$4,124.20.

Kontrak September 2026 meningkat kepada US$4,270.20 setiap auns troy daripada US$4,128.70, manakala Oktober 2026 mengukuh kepada US$4,289.30 setiap auns troy daripada US$4,147.80 setiap auns troy sebelumnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan bertambah kepada 22 lot berbanding 18 lot yang dicatatkan pada Khamis, manakala kepentingan terbuka naik kepada 89 kontrak daripada 88 kontrak sebelum ini.

Sementara itu, berdasarkan penetapan tengah hari 11 Jun 2026 di London Bullion Market Association emas fizikal ditetapkan pada US$4,074.85 setiap auns troy.

-- BERNAMA