BERITA TERKINI   Perbincangan lanjut cadangan ECRL akan diadakan dengan semua pihak berkepentingan sebelum dibawa ke Kabinet untuk pertimbangan - PM Anwar | Malaysia, China setuju cadangan sambung ECRL dari Kota Bharu ke Rantau Panjang, Kelantan - PM Anwar | Potensi pelaburan dari China merangkumi sektor semikonduktor, AI, robotik, EV, bioteknologi dan peranti perubatan termaju - PM Anwar | Malaysia raih potensi pelaburan bernilai lebih RM28 bilion hasil perbincangan perniagaan dan pertemuan dengan syarikat industri China - PM Anwar | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan prestasi asas pasaran tunai.

Kontrak Jun 2026 susut 25.5 mata kepada 1,665.0, Julai 2026 berkurangan 27 mata kepada 1,667.0, September 2026 turun 26.5 mata kepada 1,648.0 manakala Disember 2026 susut 23 mata kepada 1,650.0.

Jumlah dagangan melonjak kepada 52,319 lot daaripada 14,824 lot semalam manakala kepentingan terbuka menokok kepada 84,593 kontrak daripada 45,677 kontrak, sebelumnya.

Ad Banner

Pada 5 petang, indeks FBM KLCI turun 1.09 peratus atau 18.31 mata untuk ditutup pada paras 1,663.82 daripada 1,682.13 semalam.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner