BERITA TERKINI   Perbincangan lanjut cadangan ECRL akan diadakan dengan semua pihak berkepentingan sebelum dibawa ke Kabinet untuk pertimbangan - PM Anwar | Malaysia, China setuju cadangan sambung ECRL dari Kota Bharu ke Rantau Panjang, Kelantan - PM Anwar | Potensi pelaburan dari China merangkumi sektor semikonduktor, AI, robotik, EV, bioteknologi dan peranti perubatan termaju - PM Anwar | Malaysia raih potensi pelaburan bernilai lebih RM28 bilion hasil perbincangan perniagaan dan pertemuan dengan syarikat industri China - PM Anwar | 

Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Mata Wang Utama Kecuali Dolar AS

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ringgit mencatat prestasi mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama pada akhir urus niaga hari ini namun susut nilai berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas data ekonomi negara maju itu yang positif hanya meningkatkan lagi jangkaan kenaikan kadar faedah utama AS.

Pada 6 petang ini, ringgit susut kepada 4.0840/0880 berbanding dolar AS daripada 4.0780/0825, semalam.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit diniagakan tidak menentu berbanding dolar AS dan susut kepada 4.0940 pada sesi pagi sebelum kembali mengukuh ke paras 4.0793 pada sesi petang.

“Peningkatan semula itu berlaku walaupun dolar AS kekal kukuh dengan Indeks Dolar AS (DXY) dalam lingkungan 101 mata,” katanya kepada Bernama. 

Pada akhir urus niaga, ringgit diniagakan mengukuh berbanding mata wang utama, termasuk meningkat berbanding euro kepada 4.6451/6497 daripada 4.6522/6573 semalam.

Ad Banner
Ad Banner

Ringgit juga tinggi berbanding pound Britain kepada 5.4023/4076 daripada 5.4156/4216 dan naik berbanding yen Jepun kepada 2.5723/5750 daripada 2.5836/5868 sebelum ini.

Mata wang tempatan itu diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ini termasuk naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1906/1940 daripada 3.1909/1947 semalam dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.1950/2121 daripada 12.2599/2782.

Selain itu, ringgit tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 227.9/228.2 daripada 228.8/229.2 namun kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.51/6.52.

-- BERNAMA