BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

Bank Rakyat Terbit Sukuk Murabahah Subordinat Tahap 2 RM300 Juta

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) menerbitkan Sukuk Subordinat Tahap 2 berasaskan Murabahah bernilai RM300 juta menerusi syarikat tujuan khas (SPV), Mumtaz Rakyat Sukuk Bhd.

Dalam kenyataan hari ini, Bank Rakyat memaklumkan terbitan ini dilaksanakan menerusi proses penetapan harga pada 8 Jun, 2026 di bawah Program Sukuk Murabahah Subordinat bernilai sehingga RM5 bilion yang diberikan penarafan AA3 oleh RAM Rating Services Berhad. 

Menurut bank itu, sukuk berkenaan yang layak sebagai modal Tahap 2 di bawah Dokumen Dasar Bank Negara Malaysia mengenai Rangka Kerja Kecukupan Modal bagi Bank Islam (Komponen Modal), dibuat dalam satu bahagian bertempoh 10 tahun.

Ad Banner

"Susulan sambutan menggalakkan daripada para pelabur, Bank berjaya meraih permintaan kukuh bagi Sukuk Murabahah Subordinat Tahap 2, dengan nisbah bidaan kepada terbitan mencecah 2.83 kali sebelum ditutup pada 1.78 kali daripada jumlah saiz terbitan. 

"Jumlah terkumpul daripada terbitan Sukuk Murabahah Subordinat Tahap 2 berkenaan akan dimanfaatkan oleh Bank Rakyat bagi tujuan perbankan patuh Syariah termasuk keperluan modal kerja, perbelanjaan modal, pelaburan umum, menyediakan pembiayaan dan tujuan korporat am,” menurut kenyataan itu.

Bank Rakyat turut memaklumkan bahawa Maybank Investment Bank Bhd dan AmInvestment Bank Bhd dilantik sebagai pengurus utama bersama bagi terbitan program sukuk subordinat tersebut.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA