BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

BPSB Kekal Pengendali Pelabuhan Bintulu Susulan Perubahan Status

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) memaklumkan anak syarikat milik penuhnya, Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB), akan terus mengendalikan Pelabuhan Bintulu susulan penukaran status daripada pelabuhan persekutuan kepada pelabuhan negeri.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, pengendali pelabuhan itu menyatakan kerajaan Sarawak telah memutuskan BPSB akan menjadi pengendali sah apabila Pelabuhan Bintulu bertukar status.

“Sehubungan itu, BPSB dijangka memeterai satu perjanjian dengan pihak berkuasa sewajarnya untuk mengendali, mengurus serta memajukan Pelabuhan Bintulu,” menurutnya.

Ad Banner

Pada 21 Jun lepas, BPSB telah memeterai perjanjian tiga pihak dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak susulan penukaran status pelabuhan berkenaan.

“Perjanjian itu bertujuan melepaskan dan membebaskan Kerajaan Persekutuan daripada sebarang tuntutan dan obligasi oleh Kerajaan Sarawak serta BPSB yang mungkin timbul daripada atau berkaitan dengan perjanjian penswastaan bertarikh 31 Disember 1992,” menurut syarikat itu.

Selain itu, BPHB memaklumkan peralihan status Pelabuhan Bintulu dan pemeteraian perjanjian tiga pihak berkenaan tidak akan menjejaskan operasi harian pelabuhan, penerusan perkhidmatan untuk pelanggan serta hak dan obligasi sedia ada BPSB di bawah aturan operasinya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Kumpulan ini akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan bagi menyokong proses peralihan secara lancar selain memastikan operasi pelabuhan kekal stabil, cekap dan tidak terjejas,” menurutnya.

-- BERNAMA