BERITA TERKINI   Unit tidak langsung MRCB, Subang Sentral Sdn Bhd akan menjual tanah seluas 14.83 hektar di Cyberjaya kepada unit Digital Cosmos (S) Pte Ltd, Digital Cosmos dengan harga RM419.05 juta | Sebanyak RM1.29 juta disalurkan bagi penyelenggaraan Institusi Pendidikan Islam Melaka tahun ini - PM Anwar | Kerajaan MADANI terus imbangi keperluan semua kaum dan aliran pendidikan tanpa meminggirkan mana-mana pihak - PM Anwar | BNM, People’s Bank of China memperbaharui perjanjian pertukaran mata wang dua hala untuk tempoh 5 tahun, dari 2026 hingga 2031, dengan saiznya ditingkatkan kepada 220 bilion renminbi (RM130 bilion) daripada 180 bilion renminbi (RM110 bilion | Selain penyediaan dana oleh GLC dan GLIC, syarikat pertengahan diperkasa melalui pembangunan kapasiti, pementoran dan akses pembiayaan - Amir Hamzah | 

Minyak Dijangka Diniagakan Antara US$65 Hingga US$80 Setong Bagi Tempoh 6-12 Bulan

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Harga minyak dijangka bergerak dalam lingkungan US$65 hingga US$80 setong bagi tempoh enam hingga 12 bulan akan datang susulan ketidaktentuan berterusan berhubung rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata seorang penganalisis veteran pasaran minyak.

Pengarah Urusan Kumpulan Onyx Capital Jorge Montepeque berkata rundingan antara AS dan Iran menunjukkan perkembangan yang perlahan tetapi masih konsisten, namun proses itu masih rapuh berikutan ketegangan yang telah lama wujud serta isu kepercayaan antara kedua-dua negara.

“Saya menjangkakan harga minyak akan berada dalam lingkungan US$65 hingga US$80 setong, dengan kemungkinan berlaku lonjakan sekali-sekala melepasi US$80 setong sekiranya tercetus tindakan ketenteraan antara Iran dan AS.

Ad Banner

“Bagaimanapun, pasaran minyak masih mempunyai bekalan yang besar menunggu untuk dilepaskan dari rantau Teluk Parsi dan saya percaya faktor itu akan mengekang harga minyak daripada melepasi purata US$84 setong bagi baki tahun ini,” katanya dalam program Bernama World terbitan Bernama TV bertajuk ‘Oil & Gas Markets Amid Renewed Risks’ yang disiarkan hari ini.

Montepeque berkata pasaran ketika ini mengambil kira jangkaan bahawa Selat Hormuz akan terus dibuka dan aliran bekalan minyak akan kekal berjalan seperti biasa, namun beliau mengingatkan bahawa keyakinan pasaran masih tidak stabil berikutan ketidaktentuan yang menyelubungi rundingan berkenaan.

Mengulas kerentanan Asia terhadap gangguan bekalan gas, beliau menyifatkan rantau ini sebagai “amat terdedah”.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Malaysia berada dalam kedudukan yang baik kerana merupakan negara pengeluar, tetapi negara-negara lain amat terdedah. Jurang antara pengeluaran dan penggunaan mereka sangat tidak seimbang,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai potensi kesan peletakan jawatan Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer terhadap pasaran tenaga global, Montepeque berkata perkembangan itu dijangka tidak memberi impak ketara terhadap dinamik penawaran dan permintaan minyak dunia.

“Mereka (UK) merupakan pengeluar minyak yang kecil dan pengeluaran dari Laut Utara juga tidak begitu besar. Jadi, ia tidak mengubah landskap penawaran atau permintaan minyak global,” katanya.

-- BERNAMA