Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Rabu, seiring dengan prestasi kadar asas pasaran tunai.
Pada 9.25 pagi, kontrak Jun 2026 naik 9.5 mata kepada 1,693.50, Julai 2026 menambah 8.5 mata kepada 1,694.50, September 2026 naik 6.0 mata kepada 1,672.0 dan Disember 2026 menokok 6.5 mata kepada 1,674.50.
Jumlah dagangan sebanyak 2,589 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,916 kontrak.
Pada 9.47 pagi, petunjuk pasaran meningkat 10.74 mata kepada 1,690.66 daripada 1,679.92 ketika ditutup pada Selasa.
-- BERNAMA