BERITA TERKINI   Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abdul Rahman Hamid meninggal dunia hari ini - Presiden PVRTM | Ewon Benedick kekal Presiden UPKO bagi penggal 2026-2029 | Wong Chen umum letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini | PM Anwar kini jalani rawatan fisioterapi, pastikan proses pemulihan berjalan baik - Ketua Pasukan Perubatan PM | PM Anwar selamat jalani pembedahan laparoskopi secara elektif, rawat hernia perut - Ketua Pasukan Perubatan PM | 

Econpile Dapat Kontrak Projek Pangsapuri Servis KL Bernilai RM48.8 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Econpile Holdings Bhd telah memperoleh subkontrak RM48.8 juta daripada Vestland Infra Sdn Bhd untuk menjalankan kerja-kerja cerucuk dan asas membabitkan sebuah projek pangsapuri servis di ibu negara.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, Econpile berkata anak syarikat milik penuhnya, Econpile (M) Sdn Bhd telah menerima surat anugerah (LoA) pada 25 Jun 2026.

"Projek itu terdiri daripada pangsapuri servis 74 tingkat, termasuk tempat letak kereta, ruang bawah tanah, lot kedai dan kemudahan berkaitan," katanya.

Ad Banner

Econpile memberitahu projek itu akan disiapkan dalam tempoh 16 bulan mulai 7 Julai 2026, dan dijangka menyumbang secara positif kepada hasil serta pendapatan syarikat dari tahun kewangan berakhir 30 Jun 2027 dan seterusnya.

"Tiada risiko ketara yang boleh dijangka selain daripada risiko operasi yang berkaitan dengan projek dalam tempoh kontrak. Pihak pengurusan akan melaksanakan langkah kawalan dan prosedur operasi bagi mengurangkan kesan atau kemungkinan kejadian sedemikian," katanya lagi.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner