BERITA TERKINI   Nilai kerja sektor pembinaan meningkat 8.8 peratus tahun ke tahun kepada RM47.8 bilion pada suku kedua 2026, didorong aktiviti pertukangan khas, bangunan bukan kediaman - DOSM | Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 31.5 peratus kepada 26,553 tan pada Jun 2026 daripada 20,198 tan pada Mei 2026 - DOSM | Tujuh suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung Laporan RCI Lembaga Tabung Haji - Ketua Pesuruhjaya SPRM | SPRM pertimbang guna khidmat pakar forensik luar negara bantu siasatan penemuan laporan RCI Lembaga Tabung Haji - KP SPRM | Kes tikam di Bandar Utama: Remaja lelaki diperintah bela diri oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas dakwaan bunuh pelajar perempuan 16 tahun | 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Disokong Harga Minyak Rendah

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan mata wang tempatan terus mendapat sokongan yang baik daripada harga minyak mentah yang rendah.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.0855/0950 berbanding dolar AS daripada 4.0860/0910 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata harga minyak mentah West Texas Intermediate dan Brent, masing-masing berada pada US$69.87 setong dan US$72.46 setong manakala Amerika Syarikat (AS) dan Iran dijangka meneruskan rundingan mereka.

“Kapal terus melalui Selat Hormuz menunjukkan bahawa kekurangan minyak dapat diselesaikan tidak lama lagi.

“Sehubungan itu, dolar AS/ringgit dijangka berada pada RM4.08 hingga RM4.10 hari ini,” katanya kepada Bernama. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound kepada 5.3929/4054 daripada 5.4013/4079 semasa ditutup pada Jumaat lepas, naik berbanding euro kepada 4.6526/6634 daripada 4.6605/6662 dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 2.5258/5318 daripada 2.5283/5316 sebelum ini.

Mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang serantau.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1560/1639 daripada 3.1581/1625 semasa ditutup pada Jumaat lepas, hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 227.9/228.6 daripada 227.9/228.3 dan mendatar berbanding peso Filipina kepada 6.66/6.68 daripada 6.66/6.67. 

Mata wang tempatan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.2284/2627 daripada 12.2445/2643 sebelum ini.

-- BERNAMA