BERITA TERKINI   MOT kenal pasti lima syarikat bagi pelaksanaan rintis sistem telematik kenderaan perdagangan - Loke | Pelaksanaan sistem telematik akan dilaksanakan secara berfasa bermula 2026 hingga 2028 - Loke | MD2030 sasar 30 peratus kepada KDNK, 500,000 peluang pekerjaan dan RM4.5 bilion penjimatan sektor awam melalui pendigitalan - KD | Tujuh teras strategik MD2030 digerakkan melibatkan pelbagai kementerian sebagai pendekatan holistik kerajaan - KD | PM Anwar hari ini lancar Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 (MD2030) | 

Bursa Malaysia Keluar Pertanyaan UMA Kepada Silver Ridge Susulan Penurunan Harga Saham

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengemukakan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Silver Ridge Holdings Bhd (Silver Ridge) berikutan penurunan mendadak harga sahamnya baru-baru ini. 

“Dalam hal ini, pelabur dinasihatkan untuk mengambil perhatian terhadap jawapan syarikat kepada pertanyaan UMA di atas yang akan dipaparkan di lawan web Bursa Malaysia di bawah pengumuman syarikat, http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/ ketika membuat keputusan mengenai pelaburan mereka,” kata bursa itu dalam satu pengumuman hari ini. 

Pada masa sama, Silver Ridge, syarikat pemasangan infrastruktur telekomunikasi itu diminta untuk menjawab pertanyaan sama ada terdapat sebarang perkembangan korporat berkaitan dengan perniagaan dan hal ehwal kumpulan yang belum diumumkan sebelum ini, yang mungkin menyumbang kepada aktiviti perdagangan termasuk yang berada di peringkat rundingan/perbincangan. 

Ad Banner

Pertanyaan itu termasuk sama ada terdapat sebarang khabar angin atau laporan mengenai perniagaan dan hal ehwal kumpulan yang mungkin menjelaskan aktiviti perdagangan itu, dan sama ada Silver Ridge mengetahui penjelasan lain yang mungkin menjelaskan aktiviti perdagangan tersebut, serta sama ada Silver Ridge mematuhi keperluan penyenaraian Bursa Malaysia.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner