BERITA TERKINI   Ewon Benedick kekal Presiden UPKO bagi penggal 2026-2029 | Wong Chen umum letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini | PM Anwar kini jalani rawatan fisioterapi, pastikan proses pemulihan berjalan baik - Ketua Pasukan Perubatan PM | PM Anwar selamat jalani pembedahan laparoskopi secara elektif, rawat hernia perut - Ketua Pasukan Perubatan PM | Pelan Strategik Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli 2026-2035 komitmen kerajaan tingkat status kesihatan, kesejahteraan komuniti Orang Asli - Dzulkefly Ahmad | 

IPO SRKK AI Terlebih Langgan 312.3 Kali, Tertinggi Di Bursa Malaysia Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) SRKK AI Bhd bagi bahagian awam terlebih langgan sebanyak 312.3 kali menjelang penyenaraian syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 9 Julai 2026.

Penyedia penyelesaian transformasi digital itu memaklumkan ia menerima 29,428 permohonan bernilai RM1.4 bilion bagi 14.2 juta saham yang diperuntukkan kepada pelabur awam Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu memaklumkan kadar terlebih langganan sebanyak 312.3 kali merupakan yang tertinggi dicatatkan bagi IPO di Bursa Malaysia setakat tahun ini.

Ad Banner

Menurutnya, jumlah langganan runcit bernilai RM1.4 bilion bagi IPO SRKK AI juga antara yang tertinggi pernah direkodkan bagi bahagian awam runcit di Bursa Malaysia pada 2026.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Yew Lip Sin berkata sambutan luar biasa itu akan mempercepat pembangunan penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan (AI) syarikat serta menyokong peluasan perkhidmatannya kepada lebih 1,600 pelanggan sedia ada setakat tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.

“Bersandarkan rekod pencapaian kami dalam mengintegrasikan AI dalam operasi korporat serta pelan strategik yang bakal dilaksanakan, IPO ini membolehkan kami memanfaatkan potensi besar pasaran AI di Asia Tenggara dengan lebih berkesan,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

SRKK AI dijangka meraih hasil sebanyak RM20.48 juta menerusi IPO berkenaan, dengan RM4 juta diperuntukkan bagi inisiatif pertumbuhan strategik AI, RM1.84 juta untuk pengembangan perniagaan di Indonesia dan RM3.7 juta bagi penubuhan Pusat Operasi Keselamatan (SOC) dalaman.

Selain itu, RM1.8 juta akan digunakan untuk aktiviti penjenamaan, pemasaran dan promosi, RM4.64 juta sebagai modal kerja, manakala baki RM4.5 juta diperuntukkan bagi menampung kos penyenaraian.

-- BERNAMA