BERITA TERKINI   PKR perkasa strategi penerangan dan komunikasi, sampaikan mesej lebih jelas kepada rakyat - Fahmi | SARA tawar lebih 140,000 pilihan produk keperluan termasuk makanan beku - Amir Hamzah | Rakan Niaga SARA berkembang kepada 14,068 kedai seluruh negara setakat 7 Ogos lepas - Amir Hamzah | SARA Untuk Semua Sabah manfaat 1.8 juta penerima libatkan perbelanjaan RM158.89 juta - Amir Hamzah | Sabah catat 815,689 penerima SARA Bulanan libatkan RM501.23 juta setakat 7 Ogos - Amir Hamzah | 

U Mobile Selesai Beralih Kepada Rangkaian 5G Sendiri, Keluar Daripada Perjanjian Borong DNB

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd berjaya beralih kepada rangkaian ULTRA5G milik sendiri di seluruh negara selepas keluar daripada perjanjian akses borong dengan Digital Nasional Bhd (DNB).

Dalam kenyataan hari ini, U Mobile menjelaskan peralihan itu dijangka memberikan lebih fleksibiliti kepada pihaknya untuk menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih baik melangkaui ketersambungan menerusi rangkaian yang lebih kukuh, keunikan produk dan perkhidmatan serta inovasi yang berterusan.

Sejak memulakan pelaksanaan 5G pada Julai 2025, U Mobile telah mencapai lebih 85 peratus liputan bagi kawasan berpenduduk (CoPA), sekali gus menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bagi pelaksanaan rangkaian 5G terpantas di negara ini, tambah firma telekomunikasi itu

Ad Banner

U Mobile juga membuat pelaburan besar dalam liputan dalam bangunan (IBC), sekali gus membolehkan pengalaman penggunaan 5G yang lebih lancar di pelbagai lokasi.

U Mobile turut membangunkan lebih 190 tapak IBC di seluruh negara dan berada di landasan untuk meningkatkan jumlah itu kepada lebih 600 tapak, seterusnya memperkukuh pengalaman 5G paling meluas dan kukuh di negara ini merangkumi persekitaran luar dan dalam bangunan.

"Selain itu, U Mobile memperoleh pembiayaan berkumpulan bernilai RM4.3 bilion daripada konsortium institusi kewangan tempatan dan antarabangsa terkemuka bagi menyokong pengembangan serta penambahbaikan berterusan rangkaiannya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Ini akan mengukuhkan komitmen jangka panjang kami dalam menyediakan ketersambungan berkualiti tinggi di seluruh Malaysia," menurut syarikat itu.

Menurut U Mobile, peralihan tersebut susulan langkah keluar daripada perjanjian akses borong dengan DNB yang berkuat kuasa 1 Julai, 2026.

Menurutnya, perjanjian borong itu kekal sebagai langkah sementara bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan 5G dan pada masa sama U Mobile mempercepat pelaksanaan rangkaiannya sendiri.

Peralihan itu dilaksanakan secara berperingkat, dan semua pelanggan kini telah dipindahkan kepada rangkaian ULTRA5G U Mobile, tambahnya.

-- BERNAMA