BERITA TERKINI   Malaysia tidak akan sewenang-wenangnya hantar pulang pelarian Myanmar, proses berkenaan perlukan rundingan - PM | Malaysia adakan rundingan diplomatik dengan Myanmar mengenai penghantaran pulang pelarian, junjung hak asasi manusia - PM | PM Anwar akan bincang dengan Anthony Loke berhubung peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan | PM Anwar umum 29 Sept setiap tahun sebagai Hari Ikhtisas Malaysia | Golongan profesional perlu bantu tingkat produktiviti, perkukuh tadbir urus negara - PM Anwar | 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ditekan Lonjakan Hasil Bon, Harga Minyak

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih rendah apabila pasaran diasak tekanan jualan di tengah-tengah lonjakan hasil bon dan harga minyak yang menjejaskan minat risiko.

Pada 5 petang, indeks penunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 26.06 mata atau 1.56 peratus kepada 1,643.96 daripada paras penutup 1,670.02, semalam.

Ad Banner

Indeks penanda aras itu yang dibuka susut 5.91 mata kepada 1,664.11, turut bergerak dalam julat 1,643.36 hingga 1,665.32 sepanjang sesi dagangan.

Sentimen pasaran kurang memberangsangkan dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 688 berbanding 412 manakala 548 lain tidak berubah, 1,243 tidak diniagakan dan 143 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.31 bilion unit bernilai RM2.95 bilion daripada 3.11 bilion unit bernilai RM2.40 bilion, semalam.

Ad Banner
Ad Banner

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata penanda aras minyak mentah Brent meningkat kepada sekitar US$107 setong yang mencetuskan kebimbangan terhadap inflasi manakala saham teknologi terus diasak tekanan berikutan ketidaktentuan mengenai kadar perkembangan kecerdasan buatan (AI).

Pada masa sama, pasaran dijangka kekal berhati-hati dengan situasi dagangan berkemungkinan tidak menentu sehingga wujud pemangkin atau isyarat lebih jelas berhubung kestabilan pasaran.

“Pergerakan yang menembusi paras 1,656 mata itu menunjukkan tekanan jualan masih belum reda sepenuhnya walaupun keadaan teknikal membabitkan terlebih jual mungkin mengehadkan penurunan seterusnya.

“Pembetulan pasaran baru-baru ini juga telah mewujudkan tarikan menarik bagi saham mewah yang mempunyai asas kukuh, sekali gus memberi peluang kepada pelabur mengumpul saham secara berperingkat ketika harga susut,” katanya kepada Bernama.

Pasaran turut menerima impak daripada tekanan jualan ke atas saham wajaran tinggi yang didahului oleh saham-saham perbankan dengan Maybank susut 17 sen kepada RM9.99, Public Bank rugi tujuh sen kepada RM4.72, CIMB berkurangan 21 sen kepada RM7.78, RHB Bank merosot 30 sen kepada RM7.54 dan AMMB susut 16 sen kepada RM6.44.

Bagi saham wajaran tinggi lain, Tenaga Nasional susut 18 sen kepada RM12.72 manakala IHH Healthcare turun lapan sen kepada RM7.87.

Kaunter paling aktif menyaksikan Zetrix AI susut 2.5 sen kepada 16.5 sen, Jaks Resources meningkat setengah sen kepada 19 sen, Land & General turun 1.5 sen kepada 20.5 sen manakala MAG dan Ni Hsin masing-masing tidak berubah pada 15.5 sen dan 39 sen.

Saham paling untung didahului oleh Allianz Malaysia yang meraih 50 sen kepada RM22.00, Solarvest menokok 33 sen kepada RM4.49, Samaiden menambah 28 sen kepada RM3.18, Southern Cable meraih 21 sen kepada RM2.97 dan KLCC Property & REITS meningkat 18 sen kepada RM8.53.

Prestasi sebaliknya bagi Malaysian Pacific Industries yang mendahului kaunter paling rugi dengan merosot RM1.40 kepada RM40.80, Nestle turun RM1.04 kepada RM89.00, Fraser & Neave menguncup 42 sen kepada RM21.80, United Plantations kehilangan 28 sen kepada RM31.32 dan Unisem berkurangan 26 sen kepada RM4.23.

Dalam pada itu di papan indeks pula, Indeks FBM Mid 70 susut 77.68 mata kepada 17,610.09, Indeks FBM Emas merosot 149.32 mata kepada 12,265.47 dan Indeks FBM Top 100 menguncup 155.41 mata kepada 12,051.54.

Indeks FBM Emas Syariah merosot 114.71 mata kepada 12,127.61 manakala Indeks FBM ACE meningkat 37.97 mata kepada 5,528.58.

Bagi sektor, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.94 mata kepada 180.86, Indeks Tenaga melonjak 6.88 mata kepada 868.70, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 337.53 mata kepada 19,260.85 manakala Indeks Perladangan berkurangan 2.15 mata kepada 9,216.34.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.88 bilion unit bernilai RM2.58 bilion daripada 1.69 bilion unit bernilai RM2.05 bilion, semalam.

Perolehan waran menokok kepada 978.19 juta unit bernilai RM190.60 juta daripada 944.79 juta unit bernilai RM156.45 juta sebelumnya.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan berkurangan kepada 447.33 juta unit bernilai RM181.49 juta daripada 469.48 juta unit bernilai RM190.74 juta semalam.

Kaunter barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 261.58 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama manakala barangan dan perkhidmatan perindustrian (280.60 juta), pembinaan (163.72 juta), teknologi (613.33 juta), perkhidmatan kewangan (81.80 juta), hartanah (139.88 juta), ladang (35.09 juta), amanah pelaburan hartanah (22.57 juta), dana tertutup (422,400), tenaga (129.66 juta), penjagaan kesihatan (56.77 juta), telekomunikasi dan media (21.99 juta), pengangkutan dan logistik (35.79 juta), utiliti (40.65 juta) dan amanah perniagaan (48,800).

-- BERNAMA