BERITA TERKINI   Semua perkhidmatan JPJ melalui saluran Kumpulan MYEG akan digantung mulai 5 Okt 2026 - KP JPJ | Aichi-Nagoya 2026: Skuad skuasy lelaki negara raih emas acara berpasukan tewaskan Pakistan 2-0 | Petronas Chemicals lantik Izwan Ismail sebagai pengarah urusan dan CEO berkuat kuasa 1 JanĀ 2027 | Aichi-Nagoya 2026: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang raih emas kelapan negara menerusi acara keirin lelaki | Piala ASEAN FIFA 2026: Harimau Malaya perlu kekalkan momentum menjelang pertemuan menentang Vietnam - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Disokong Permintaan Aset Selamat Berterusan

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh permintaan pelabur yang berterusan terhadap aset selamat dan prestasi itu turut seiring dengan pergerakan pasaran emas di Bursa Komoditi New York (Comex).

Pada akhir dagangan, Julai 2026 meningkat kepada US$4,183.40 setiap auns troy daripada US$4,078.80 semalam, Ogos 2026 menokok kepada US$4,204.00 setiap auns troy daripada US$4,101.10 manakala September 2026 naik kepada US$4,216.90 setiap auns troy daripada US$4,113.90.

Kontrak bagi serahan pada Oktober 2026 dan Disember 2026 masing-msing menambah kepada US$4,236.00 setiap auns troy daripada US$4,133.00.

Ad Banner

Jumlah dagangan melonjak kepada 310 lot daripada 181 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 392 kontrak daripada 264 kontrak.

Sementara itu, emas fizikal ditetapkan pada US$4,129.20 setiap auns troy semasa penetapan petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 2 Julai, 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner