BERITA TERKINI   ‘Raikan Perpaduan’ tema utama, TUAH maskot rasmi Sukan SEA dan Para ASEAN 2027 - Sekretariat MASOC 2027 | Kad UNHCR tidak beri imuniti daripada undang-undang Malaysia - Akmal Nasrullah | Kerajaan yakin momentum pertumbuhan ekonomi negara dapat dikekalkan, sasaran 4.0 hingga 5.0 peratus mampu dicapai - Akmal Nasrullah | 118,908 pesawah peroleh Insentif Pembajakan Kepada Pesawah dengan peruntukan RM45.98 juta hingga 12 Julai - Akmal Nasrullah | Harga Beras Putih Tempatan kekal, stok penimbal beras mampu tampung keperluan domestik untuk tempoh enam bulan - Akmal Nasrullah | 

IPO Enest Terlebih Langgan 1.94 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) Enest Group Bhd telah terlebih langgan sebanyak 1.94 kali, menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Pembekal sarang burung tulen itu berkata sejumlah 2,871 permohonan membabitkan 85.33 juta saham baharu bernilai RM11.12 juta telah diterima daripada orang ramai Malaysia.

"Untuk bahagian Bumiputera, sebanyak 1,474 permohonan bagi 29.8 juta saham baharu telah diterima, ia mewakili kadar terlebih langganan 1.05 kali. Bahagian awam pula menyaksikan sejumlah 1,397 permohonan 55.6 juta saham baharu, yang mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 2.83 kali," katanya.

Ad Banner

Enest berkata 8.72 juta saham baharu yang disediakan untuk permohonan oleh pengarah yang layak, pekerja dan orang yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan itu juga telah dilanggan sepenuhnya. 

Sementara itu, 72.66 juta saham baharunya yang disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian telah dikeluarkan sepenuhnya.

"20.87 juta saham (terdiri daripada 5.81 juta saham terbitan dan 15.05 juta saham tawaran) melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih telah dilanggan penuh," katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

M&A Securities Sdn Bhd meupakan penasihat, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan untuk IPO berkenaan.

-- BERNAMA