BERITA TERKINI   Malaysia-Thailand selesaikan isu perikanan tertunggak, setuju percepat pelaksanaan memorandum dalam tempoh seminggu - Anwar | Malaysia-Thailand setuju teruskan zon ekonomi khas sempadan, permudah urusan imigresen dan kastam - Anwar | PRN Johor: SPRM terima tiga maklumat termasuk satu dakwaan rasuah melibatkan calon di Batu Pahat - KP SPRM | Op Agam: SPRM terima maklumat pemilikan, pemindahan hartanah mewah bernilai RM59 juta dipercayai berkait 1MDB - KP SPRM | Op Daya: SPRM tahan 98 individu, buka 81 kertas siasatan dan rakam keterangan 724 saksi - KP SPRM | 

MAHB-Mitsui Fudosan Bakal Bangunkan Kompleks Logistik Kargo Udara Bernilai RM80 Juta

SUBANG, 9 Julai (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Mitsuit Fudosan Group melabur sebanyak RM80 juta untuk membangunkan kompleks logistik kargo udara baharu dengan MAHB memegang 30 peratus kepentingan manakala 70 peratus lagi dimiliki Mitsui Fudosan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata kerjasama itu adalah antara strategi untuk memanfaatkan aset tanah milik MAHB di kawasan lapangan terbang dengan menggandingkan kepakaran rakan strategik dalam pembangunan dan pengoperasian kompleks logistik.

"Dalam hal ini, saya difahamkan mereka (Mitsui Fudosan) mempunyai kepakaran di Jepun. Mereka juga membina ataupun mengoperasikan kompleks-kompleks logistik ini di Lapangan Terbang Haneda.

Ad Banner

“Oleh itu, ini sesuatu yang amat membantu kita supaya risiko kepada Malaysia Airports dapat diminimumkan," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Projek Kompleks Logistik MRO Subang, iaitu pembangunan perindustrian baharu di Subang Aerotech Park, di sini hari ini.

Dibangunkan oleh MFMA Industrial Sdn Bhd iaitu usaha sama antara Mitsui Fudosan (Asia) Malaysia Sdn Bhd dan Malaysia Airports (Subang) Sdn Bhd, kemudahan itu merupakan pelaburan strategik untuk menyokong pertumbuhan perniagaan berkaitan penerbangan dan aeroangkasa di kawasan Lapangan Terbang Subang.

Turut hadir ialah Menteri di Kedutaan Jepun di Malaysia Daisuke Nihei, Pengarah Urusan MAHB Datuk Mohd Izani Ghani dan Pengarah Urusan Mitsui Fudosan (Asia) Malaysia Sdn Bhd Masayoshi Saito.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Loke berkata kerajaan sedang mempergiat usaha untuk mengukuhkan sektor kargo udara negara dengan meningkatkan kapasiti operasi di beberapa lapangan terbang utama termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Menurutnya Pulau Pinang kini menyumbang kira-kira 75 peratus daripada keseluruhan kargo udara negara berikutan Pulau Pinang adalah pusat industri semikonduktor Malaysia.

Loke berkata KLIA sedang dibangunkan sebagai hab kargo udara serantau bagi ASEAN menerusi kerjasama dengan China.

Pada masa sama, Loke berkata kementerian itu sedang bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah untuk membangunkan pangkalan kargo udara di KKIA dengan memanfaatkan Terminal 2.

Dibina di atas tapak berkeluasan 1.78 hektar di Subang Aerotech Park, kemudahan itu akan menawarkan luas lantai kasar 254,420 kaki persegi serta pelbagai pilihan penyewaan bagi memenuhi keperluan operasi yang pelbagai.

Pembangunan yang berada di lokasi strategik di sekitar Lapangan Terbang Subang itu akan menawarkan akses mudah kepada operator sektor aeroangkasa, penerbangan dan logistik yang telah lama beroperasi di seluruh Lembah Klang.

Projek itu dijangka siap pada suku ketiga 2027, dengan operasi yang disasarkan bermula pada suku keempat tahun yang sama.

-- BERNAMA