BERITA TERKINI   Dewan Rakyat lulus RUU Makanan (Pindaan) 2026 | Sekolah dan institusi pendidikan bawah KPM yang terjejas jerebu akan laksana PdPR - KPM | Jerebu: Institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 150 selama tiga hari berturut-turut ditutup mulai 12 Okt - KPM | Semua institusi pendidikan bawah KPM di kawasan IPU melebihi 180 hendaklah ditutup bermula esok - KPM | RTS Link bukan ditangguh, perlu penilaian keselamatan dan kelulusan pihak berkuasa Malaysia-Singapura - Loke | 

Niaga Hadapan Emas Tamat Trend Penurunan Selama Tiga Hari Untuk Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives menamatkan aliran penurunan selama tiga hari untuk ditutup lebih tinggi pada Khamis, seiring dengan kenaikan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober meningkat kepada US$4,133.50 setiap auns troy daripada US$4,131.10 semalam, manakala kontrak November 2026 meningkat kepada US$4,150.10 setiap auns troy daripada US$4,147.40.

Kontrak Disember 2026 mengukuh kepada US$4,166.60 setiap auns troy berbanding US$4,164.30 pada Rabu, manakala kontrak Januari 2027, Februari 2027 dan April 2027 meningkat sedikit kepada US$4,166.60 daripada US$4,164.30 sebelumnya. 

Ad Banner

Jumlah dagangan menyusut kepada 77 lot daripada 97 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 153 kontrak berbanding 162 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,095.40 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association setakat 7 Oktober. 

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner