BERITA TERKINI   Sekolah dan institusi pendidikan bawah KPM yang terjejas jerebu akan laksana PdPR - KPM | Jerebu: Institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 150 selama tiga hari berturut-turut ditutup mulai 12 Okt - KPM | Semua institusi pendidikan bawah KPM di kawasan IPU melebihi 180 hendaklah ditutup bermula esok - KPM | RTS Link bukan ditangguh, perlu penilaian keselamatan dan kelulusan pihak berkuasa Malaysia-Singapura - Loke | Perkhidmatan BAS.MY Johor Bahru diteruskan lima tahun mulai 2027- Loke | 

Automasi Agihan TNB Pada Tahap 44 Peratus, Liputi 39,400 Pencawang

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pendigitalan merupakan sebahagian daripada usaha lebih meluas Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk memperkukuh rangkaian bekalan elektrik Malaysia, tahap Automasi Pengagihan kini berada pada 44 peratus yang meliputi kira-kira 39,400 pencawang, manakala pelaksanaan Infrastruktur Pemeteran Termaju (AMI) telah mencecah 6.1 juta unit.

Ketua Pegawai Rangkaian Pengagihan TNB, Ahmad Sazree Abd Aziz berkata pemodenan rangkaian yang berterusan ini bertujuan mempersiapkan sistem tenaga Malaysia bagi memenuhi keperluan masa depan serta menjamin kebolehpercayaan dan kemampuan kos selaras dengan kemajuan peralihan tenaga.

Berucap pada acara Enlit Asia 2026 baru-baru ini, beliau berkata usaha membina kesiapsiagaan memerlukan tindakan diambil sebelum sesuatu keperluan menjadi kritikal, pelaburan dalam rangkaian elektrik Malaysia kini tertumpu kepada infrastruktur yang lebih kukuh, daya tahan sistem yang lebih tinggi serta keupayaan diperlukan untuk menguruskan grid yang semakin kompleks.

Ad Banner

Kekuatan sistem nasional ini juga akan mencorakkan pencapaian bersama ASEAN tatkala rantau ini bergerak ke arah integrasi tenaga yang lebih mendalam, katanya.

 Menurut beliau, hubungan saling berhubung yang lebih kukuh serta perdagangan elektrik rentas sempadan membolehkan negara-negara memanfaatkan kekuatan saling melengkapi dan membina daya tahan kolektif yang lebih mantap.

Bagi TNB, usaha memperkukuh sistem tenaga Malaysia dan memajukan ketersambungan serantau merupakan sebahagian daripada aspirasi yang sama, iaitu membangunkan sistem tenaga yang bersedia menyokong pertumbuhan serta peralihan rantau ini bagi jangka masa panjang.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA