BERITA TERKINI   Sasterawan Negara A. Samad Said meninggal dunia di HKL pada 6.10 petang tadi - Anak | 

Niaga Hadapan MSM Melantun Semula Susulan Belian Harga Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini selepas disokong oleh belian harga rendah berikutan penjualan mendadak baru-baru ini, kata seorang peniaga.

Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata niaga hadapan MSM melantun daripada kerugian awal apabila minat belian muncul pada paras harga yang lebih rendah.

Ad Banner

"Bagaimanapun, kebimbangan terhadap inventori minyak sawit Malaysia yang agak tinggi dan permintaan eksport yang lembap terus membebani pasaran.

"Arah tuju pasaran berkemungkinan kekal sensitif terhadap pergerakan harga minyak sayuran dan minyak mentah yang menjadi saingan," katanya kepada Bernama.

Beliau melihat sokongan serta-merta pada paras RM4,080 setan dan rintangan pada RM4,250 setan.

Ad Banner
Ad Banner

Pada penutupan, kontrak bulan semerta Disember 2026 meningkat RM99 kepada RM4,056 setan, Januari 2027 melonjak RM98 kepada RM4,150 setan dan Februari 2026 menokok RM99  kepada RM4,240 setan.

Kontrak Mac 2027 naik RM103 kepada RM4,321 setan, April 2027 adalah RM111 lebih baik kepada RM4,392 setan, manakala Mei 2027 untung RM116 kepada RM4,439 setan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 145,466 lot berbanidng 99,374 yang dicatatkan pada minggu lepas, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 333,038 kontrak daripada 331,107.

Harga MSM fizikal untuk November Selatan menyaksikan peningkatan sebanyak RM85 kepada RM4,065 setan.

-- BERNAMA