BERITA TERKINI   Kerajaan MADANI tidak berkompromi dengan politik perkauman, hak setiap kaum mesti dihormati - PM Anwar | Kerajaan komited perkukuh pendidikan secara inklusif - PM Anwar | Pendidikan untuk semua rakyat, bukan mengikut kaum - PM Anwar | PRN Johor: Majikan tidak dibenar potong gaji, kenakan penalti terhadap pekerja keluar mengundi - SPR | PRN Johor: Majikan diminta beri tempoh munasabah kepada pekerja untuk mengundi Sabtu ini - SPR | 

AIA Malaysia Kekal Peneraju MDRT Malaysia Buat Kali Ke-10

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Penyedia insurans dan takaful, AIA Malaysia, mengekalkan kedudukan teratas dalam ranking Million Dollar Round Table (MDRT) di Malaysia buat kali ke-10, dengan merekodkan sejumlah 827 kelayakan MDRT, termasuk 19 ahli ‘Top of the Table’ (TOT), dan 67 ahli ‘Court of the Table’ (COT).

MDRT merupakan penanda aras global bagi kecemerlangan dalam industri insurans hayat dan perkhidmatan kewangan, yang mengiktiraf profesional berprestasi tinggi dalam bidang berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, AIA Malaysia memaklumkan pencapaian itu turut mencerminkan kekuatan Kumpulan AIA, yang sekali lagi diiktiraf sebagai syarikat multinasional dengan jumlah ahli MDRT tertinggi di dunia bagi tahun ke-12 berturut-turut dari 2015 hingga 2026.

Ad Banner

"Dengan tema #1ReachesFurther, pengiktirafan ini mencerminkan impak kolektif pasukan agensi AIA dalam membantu individu, keluarga dan komuniti di seluruh Asia membina masa depan yang lebih sihat dan terjamin.

"Ia turut menegaskan komitmen kumpulan terhadap kecemerlangan agensi serta usaha memberikan hasil yang bermakna kepada pelanggan," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif AIA Malaysia Heng Zee Wang, berkata pencapaian itu mencerminkan dedikasi, profesionalisme dan keprihatinan pasukan agensi yang sentiasa berusaha menyokong rakyat Malaysia pada setiap peringkat kehidupan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"Pencapaian ini dibina atas kepercayaan pelanggan dan mengukuhkan komitmen kami untuk membantu mereka serta keluarga menjalani kehidupan yang Lebih Sihat, Lebih Lama dan Lebih Baik," katanya.

Selain mengekalkan kedudukan utama di Malaysia, AIA Malaysia turut mencatat beberapa pengiktirafan dalam ranking global MDRT 2026, termasuk menduduki tempat ke-23 keseluruhan dunia serta tempat kelima bagi peratusan ahli dengan tempoh keahlian antara lima hingga sembilan tahun.

AIA Malaysia turut berada di tempat ke-10 bagi peratusan ahli yang layak dan ahli hayat (QL), tempat ke-13 bagi kadar pengekalan ahli serta tempat ke-20 bagi perwakilan ahli wanita.

"Pengiktirafan ini mencerminkan fokus berterusan AIA Malaysia dalam membangunkan pasukan agensi yang pelbagai, berprestasi tinggi dan berteraskan matlamat.

"Melalui pelaburan berterusan dalam pembangunan profesional, keupayaan digital serta budaya mengutamakan pelanggan, syarikat komited untuk meningkatkan standard industri," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA