BERITA TERKINI   Jerebu: Semua JPN, PPD diminta terus pantau keadaan dan ambil tindakan segera sekiranya perlu - Fadhlina | Jerebu: Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, KL, Putrajaya serta Rompin, Pahang ditutup esok - Fadhlina | Jerebu: Semua sekolah agama di bawah JAIS ditutup sepenuhnya mulai esok, sekolah Islam persendirian disarankan ikut ketetapan - Pengarah JAIS | Jerebu : Semua institusi pendidikan di bawah KPM seluruh Selangor ditutup sepenuhnya mulai esok - JPN Selangor | Kejuaraan Kelab ASEAN 2026/2027: JDT 6-0 PKR Svay Rieng FC | 

MSM Kembali Meningkat Susulan Jangkaan Pengecualian Duti Eksport

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, disokong jangkaan bahawa Malaysia mungkin mencadangkan pengecualian sementara duti eksport dalam Belanjawan 2027.

Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata spekulasi pasaran mengenai kemungkinan pengecualian duti eksport MSM sejak beberapa bulan lalu telah melonjakkan harga niaga hadapan MSM dengan ketara.

Ad Banner

“Duti eksport MSM Malaysia adalah sekitar US$109 satu tan dan jika dikecualikan, harga MSM Malaysia akan lebih kompetitif berbanding minyak sawit Indonesia,” katanya kepada Bernama.

Bagani berkata import minyak sawit India sebanyak kira-kira 450,000 tan susulan pengurangan duti import, selain jangkaan peningkatan pembelian minyak sawit berikutan kekurangan bekalan minyak bunga matahari dari rantau Laut Hitam, turut menyokong sentimen pasaran.

Pedagang proprietari Iceberg X, David Ng, berkata harga niaga hadapan MSM turut mendapat sokongan daripada kenaikan harga minyak mentah, peningkatan harga minyak sayuran di Dalian serta jangkaan permintaan yang lebih kukuh dari India.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Ketika berita ini ditulis, harga minyak mentah Brent meningkat 4.25 peratus kepada US$104.50 setong.

“Harga minyak mentah yang lebih tinggi menyokong harga minyak sawit memandangkan penggunaannya yang meluas sebagai bahan mentah biofuel.

“Kami melihat paras sokongan pada RM4,500 dan paras rintangan pada RM4,700 satu tan,” katanya.

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober dan November 2026 masing-masing meningkat RM138 kepada RM4,448 dan RM4,551 satu tan, manakala kontrak Disember 2026 naik RM137 kepada RM4,661 satu tan.

Sementara itu, kontrak Januari 2027 meningkat RM131 kepada RM4,767 satu tan, kontrak Februari 2027 menambah RM115 kepada RM4,854 satu tan, manakala kontrak Mac 2027 naik RM91 kepada RM4,925 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 160,977 lot daripada 70,612 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 333,864 kontrak daripada 328,944 kontrak sebelumnya.

Harga fizikal MSM bagi Oktober Selatan melonjak RM110 kepada RM4,460 satu tan.

-- BERNAMA