BERITA TERKINI   Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan akan kekal hingga PRU 16 - PM Anwar | Kerajaan akan menaikkan jumlah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam masa terdekat - PM Anwar | 

Niaga Hadapan KLCI Meningkat Pada Akhir Dagangan

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis.

Kontrak bulan semasa Julai 2026 menokok 3.5 mata kepada 1,683.50, Ogos 2026 naik 2.5 mata kepada 1,684.0, September 2026 meraih 3.0 mata kepada 1,663.50 manakala Disember 2026 meningkat 4.0 mata kepada 1,666.0.

Selain itu, jumlah dagangan meningkat kepada 5,815 lot berbanding 5,574 lot semalam manakala kepentingan terbuka juga naik kepada 36,724 kontrak daripada 36,179 kontrak.

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 5.97 mata kepada 1,677.64 berbanding penutupan semalam pada paras 1,683.6.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner