BERITA TERKINI   Jerebu: Semua JPN, PPD diminta terus pantau keadaan dan ambil tindakan segera sekiranya perlu - Fadhlina | Jerebu: Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, KL, Putrajaya serta Rompin, Pahang ditutup esok - Fadhlina | Jerebu: Semua sekolah agama di bawah JAIS ditutup sepenuhnya mulai esok, sekolah Islam persendirian disarankan ikut ketetapan - Pengarah JAIS | Jerebu : Semua institusi pendidikan di bawah KPM seluruh Selangor ditutup sepenuhnya mulai esok - JPN Selangor | Kejuaraan Kelab ASEAN 2026/2027: JDT 6-0 PKR Svay Rieng FC | 

KWAP Imbang Pendekatan Pelaburan, Perkukuh Pemantauan Syarikat Pemula Niaga -- MOF

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) akan terus mengimbangi pendekatan pelaburannya termasuk memberi penekanan yang lebih besar kepada pelaburan melalui dana dan pengurus dana yang mempunyai kepakaran sektor, jaringan pasaran serta keupayaan pemantauan khusus.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan pendekatan itu dapat membantu memperkukuh penyebaran risiko dan lapisan pemantauan terutamanya bagi pelaburan dalam syarikat tidak tersenarai dan syarikat pemula niaga.

“Dalam pelaburan syarikat pemula niaga, pertumbuhan pesat, strategi pengembangan agresif dan penggunaan modal yang tinggi merupakan antara faktor yang dipantau secara berterusan,” jelas MOF dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Ad Banner

MOF menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) yang bertanya mengenai kaedah KWAP memantau pelaburan dalam eFishery selepas Julai 2023.

Sebelum ini, media melaporkan pengasas bersama syarikat akuakultur Indonesia, eFishery, Gibran Huzaifah dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun atas kesalahan penyelewengan dan pengubahan wang haram sekali gus menutup skandal berprofil tinggi bernilai US$300 juta.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner