Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan permintaan berterusan terhadap aset selamat walaupun harga emas di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX) menyusut.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2026 meningkat kepada US$4,036.20 setiap auns troy daripada US$4,031.20 setiap auns troy pada Selasa, Ogos 2026 naik kepada US$4,057.00 setiap auns troy daripada US$4,052.10 setiap auns troy, dan September 2026 menokok kepada US$4,070.00 setiap auns troy daripada US$4,065.10 setiap auns troy.
Kontrak Oktober 2026 dan Disember 2026 masing-masing meningkat kepada US$4,100.50 setiap auns troy berbanding US$4,095.60 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan meningkat kepada 93 lot daripada 81 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka kekal tidak berubah pada 165 kontrak.
Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,062.20 setiap auns troy semasa penetapan petang oleh London Bullion Market Association pada 15 Julai 2026.
-- BERNAMA