BERITA TERKINI   Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abdul Rahman Hamid meninggal dunia hari ini - Presiden PVRTM | Ewon Benedick kekal Presiden UPKO bagi penggal 2026-2029 | Wong Chen umum letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini | PM Anwar kini jalani rawatan fisioterapi, pastikan proses pemulihan berjalan baik - Ketua Pasukan Perubatan PM | PM Anwar selamat jalani pembedahan laparoskopi secara elektif, rawat hernia perut - Ketua Pasukan Perubatan PM | 

Inflasi Malaysia Meningkat Pada Kadar Lebih Perlahan Kepada 1.9 Peratus Pada Jun 2026

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat pada kadar yang lebih perlahan kepada 1.9 peratus pada Jun 2026 berbanding dua peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

DOSM memaklumkan peningkatan yang lebih perlahan itu didorong terutamanya oleh kumpulan pengangkutan, yang mencatatkan kenaikan 2.8 peratus berbanding 3.8 peratus pada Mei 2026.

Ketua Perangkawan Siti Asiah Ahmad berkata kumpulan penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan serta perkhidmatan, selain kumpulan pendidikan, turut merekodkan peningkatan yang lebih perlahan, masing-masing kepada 3.4 peratus (Mei 2026: 4.8 peratus) dan 2.1 peratus (Mei 2026: 2.2 peratus).

Ad Banner

"Sebaliknya, kumpulan insurans dan perkhidmatan kewangan mencatatkan peningkatan kepada 5.7 peratus pada Jun 2026 berbanding 4.9 peratus pada bulan sebelumnya.

"Ini diikuti kumpulan restoran dan perkhidmatan penginapan, yang turut merekodkan peningkatan lebih tinggi kepada 2.6 peratus pada Jun 2026 berbanding 2.5 peratus pada Mei 2026," katanya.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner