BERITA TERKINI   Ahmad Irfan Che Moh dari Bernama Radio raih emas kategori Lintas Langsung Berita Radio Terbaik pada HKM MPI-Petronas 2025 | Siti Hashmarr Mohd Hashim, Nurul Shuhadah Armawan & Muhammad Arif Che Soh raih emas kategori Bicarawara Radio Terbaik pada HKM MPI-Petronas 2025 | Wartawan penyiaran Bernama Radio Nurliyana Farhah Ruslan raih emas kategori Laporan Radio Terbaik pada HKM MPI-Petronas 2025 | Bernama meraih 11 anugerah termasuk tiga emas Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2025 | PM Anwar hargai peranan wartawan pertahan kebebasan media dan sistem demokrasi negara | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Kekurangan Pemangkin

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dalam dagangan jajaran kecil berikutan ketiadaan pemangkin pasaran baharu, kata seorang peniaga.

Editor dan Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics, Dr Sathia Varqa berkata sentimen pasaran terjejas berikutan ketiadaan pemacu asas yang baharu di tengah-tengah prestasi bercampur-campur merentas minyak sayuran pesaing. "Sementara itu, peserta pasaran sedang menilai prospek pengeluaran Julai yang lebih kukuh dan volum eksport, menjadikan paras inventori akhir Julai sebagai pembolehubah utama yang mungkin memacu arah harga,"  katanya kepada Bernama.

Ad Banner

Pada penutupan, kontrak bulan semerta Ogos 2026 turun RM8 kepada RM4,529 setan, manakala September dan Oktober 2026 masing-masing jatuh RM9 kepada RM4,565 serta RM4,597.

November 2026 susut RM7 kepada RM4,630 setan, Disember 2026 melemah RM5 kepada RM4,663, dan Januari 2027 menyaksikan penurunan sebanyak RM4 kepada RM4,697.

Jumlah dagangan merundum kepada 64,100 lot berbanding 86,078 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 286,716 kontrak daripada 284,166 kontrak.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan kekal tidak berubah pada RM4,540 setan.

-- BERNAMA