BERITA TERKINI   Beregu campuran profesional Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing muncul naib juara China Masters 2026 | Empat lagi lapangan terbang Indonesia ditutup sementara kerana abu gunung berapi merebak, penutupan Soekarno-Hatta dilanjutkan - Kementerian Pengangkutan | Lebih 600 anak Orang Asli lanjut pengajian di universiti dan kolej seluruh negara, bukti kerajaan pentingkan pendidikan - TPM Ahmad Zahid | Operasi pembenihan awan di Sarawak diteruskan ikut nasihat MetMalaysia - TPM Ahmad Zahid | Perwakilan wanita dalam Parlimen masih terlalu rendah - Teo | 
Ad Banner

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Seiring Peningkatan COMEX

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring kenaikan harga emas di Bursa Komoditi (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Pada penutup dagangan, kontrak Julai 2026 meningkat kepada US$4,018.50 setiap auns troy daripada US$4,003.50 setiap auns troy pada Jumaat lepas, manakala Ogos 2026 naik kepada US$4,038.30 setiap auns troy daripada US$4,021.70 setiap auns troy.

Kontrak September 2026 pula meningkat kepada US$4,051.40 setiap auns troy daripada US$4,034.70 setiap auns troy.

Ad Banner

Sementara itu, kontrak Oktober 2026 dan Disember 2026 masing-masing naik kepada US$4,081.90 setiap auns troy daripada US$4,065.20 setiap auns troy sebelum ini.

Jumlah dagangan susut kepada 51 lot berbanding 130 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 127 kontrak daripada 202 kontrak.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$3,995.35 setiap auns troy semasa penetapan petang London Bullion Market Association (LBMA) pada 17 Julai, 2026.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA