BERITA TERKINI   PM umum sumbangan RM2 juta kepada Institut Pemikiran Al-Qaradawi | 

Pertumbuhan Ekonomi Global Boleh Hampiri Sifar Susulan Halangan Perdagangan - Nurhisham

IPOH, 21 Julai (Bernama) -- Kadar pertumbuhan ekonomi global berisiko menghampiri sifar dalam tempoh 100 tahun akan datang susulan peningkatan halangan perdagangan, persaingan geopolitik yang semakin sengit serta gangguan rantaian bekalan yang mengubah landskap ekonomi dunia, kata Penasihat Ekonomi Pejabat Perdana Menteri Nurhisham Hussein.

Beliau berkata perubahan persekitaran global itu memerlukan negara, termasuk Malaysia, mengintegrasikan pertimbangan keselamatan negara dalam penggubalan dasar ekonomi bagi memperkukuh daya tahan terhadap kejutan luar.

"Kita berada dalam situasi yang saya percaya kadar pertumbuhan ekonomi global boleh menghampiri sifar dalam tempoh 100 tahun akan datang. Mungkin tempoh itu melangkaui hayat kita, namun ia melibatkan masa depan anak, cucu dan cicit kita.

Ad Banner

"Justeru, perkara ini wajar diberi perhatian kerana ia bukan sahaja membabitkan masa depan sesebuah negara, malah masa depan manusia sejagat," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai ahli panel dalam sesi 'The Economy: Development and Cooperation' pada Persidangan Dunia Pemikiran dan Tamadun Islam (WCIT) Ke-8 yang bertemakan 'Everyone Matters: Pride and Unity in Islam', di sini hari ini.

Nurhisham berkata walaupun Malaysia mempunyai kelebihan strategik dari segi kedudukan geografi di sepanjang Selat Melaka serta ekonomi yang pelbagai, negara masih bergantung kepada rantaian bekalan luar bagi bahan mentah kritikal dan input pengeluaran makanan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata Malaysia bergantung kepada satu sumber luar bagi hampir keseluruhan bekalan potash, selain mengimport kira-kira 60 peratus bekalan arang batu. Walaupun negara mencukupi dari segi bekalan ayam, industri ternakan tempatan masih bergantung kepada import makanan ternakan dari Brazil dan Argentina.

"Dari sudut dasar, antara langkah yang sedang diambil ialah mengintegrasikan perspektif keselamatan negara ke dalam dasar ekonomi. Langkah ini perlu, namun turut membawa implikasi terhadap kos.

"Apabila aspek keselamatan ekonomi dimasukkan ke dalam sistem perdagangan bebas, kos akan meningkat, harga menjadi lebih tinggi dan beberapa kompromi dari segi kecekapan perlu diterima demi memastikan daya tahan ekonomi. Akhirnya, kos itu akan ditanggung pengguna dan keadaan ini berpotensi memperlahankan pertumbuhan ekonomi," katanya

Nurhisham berkata Malaysia masih bergantung kepada satu sumber luar bagi memperoleh hampir keseluruhan bekalan potash serta kira-kira 60 peratus bekalan arang batu, manakala sektor penternakan ayam yang telah mencapai tahap sara diri pula masih bergantung kepada import makanan ayam dari Brazil dan Argentina.

"Dari sudut dasar, antara langkah yang sedang diambil ialah mengintegrasikan perspektif keselamatan negara ke dalam dasar ekonomi. Langkah ini perlu, namun turut membawa implikasi terhadap kos.

"Apabila aspek keselamatan ekonomi dimasukkan ke dalam sistem perdagangan bebas, kos akan meningkat, harga menjadi lebih tinggi dan beberapa kompromi dari segi kecekapan perlu diterima demi memastikan daya tahan ekonomi. Akhirnya, kos itu akan ditanggung pengguna dan keadaan ini berpotensi memperlahankan pertumbuhan ekonomi," katanya.

Beliau berkata usaha memperkukuh keselamatan tenaga, sekuriti makanan, kebebasan industri serta daya tahan rantaian bekalan akan terus menjadi antara cabaran utama dasar Malaysia dalam tempoh dua dekad akan datang, khususnya ketika persaingan geopolitik semakin memuncak.

Sementara itu, seorang lagi ahli panel, bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata kewangan Islam berpotensi memainkan peranan lebih besar dalam menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih berdaya tahan kerana setiap transaksi kewangan disandarkan kepada aktiviti ekonomi sebenar, sekali gus menjadikan sistem itu kurang terdedah kepada gangguan pasaran kewangan.

"Saya sering menyatakan dalam forum kewangan Islam bahawa kita memerlukan anjakan yang lebih besar, bukan sekadar pertumbuhan secara berperingkat. Kelebihan kewangan Islam ialah setiap transaksi kewangan disandarkan kepada aktiviti ekonomi sebenar, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi," katanya.

Zeti, yang juga Pengerusi Pengasas dan Pengerusi Bersama Asia School of Business, berkata struktur perkongsian keuntungan, ketelusan serta pendedahan maklumat yang menjadi teras kewangan Islam menjadikannya model pengantaraan kewangan yang berkesan dalam membantu ekonomi global menghadapi ketidaktentuan kewangan.

-- BERNAMA


H