BERITA TERKINI   PM umum sumbangan RM2 juta kepada Institut Pemikiran Al-Qaradawi | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki kenaikan harga emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat. 

Pada penutup, kontrak semerta bulan Julai 2026 meningkat kepada US$4,065.70 setiap auns troy daripada US$4,018.50 setiap auns troy pada Isnin, kontrak Ogos 2026 menambah kepada US$4,085.50 setiap auns troy daripada US$4,038.30 setiap auns troy, September 2026 mengukuh kepada US$4,098.60 setiap auns troy daripada US$4,051.40 setiap auns troy. 

Kontrak Oktober 2026 dan Disember 2026 kedua-duanya meningkat kepada US$4,129.10 setiap auns troy daripada US$4,081.90 setiap auns troy sebelumnya. 

Ad Banner

Jumlah dagangan melonjak kepada 117 lot daripada 51 lot semalam, manakala kepentingan terbuka mengukuh kepada 185 kontrak daripada 127 kontrak semalam.

Harga emas fizikal berada pada US$4,003.55 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association setakat 20 Julai 2026. 

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner