BERITA TERKINI   PM umum sumbangan RM2 juta kepada Institut Pemikiran Al-Qaradawi | 

Ajinomoto Malaysia Bentang Cadangan SCR Bagi Dapatkan Kelulusan Pemegang Saham

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Lembaga Pengarah Ajinomoto (Malaysia) Bhd (AMB) memutuskan untuk membentangkan langkah pengurangan modal dan pembayaran semula terpilih (SCR) yang dicadangkan oleh pemegang saham kawalan, Ajinomoto Co, Inc (Ajico).

Cadangan itu akan dibentangkan kepada pemegang saham tidak berkepentingan pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk pertimbangan serta kelulusan mereka.

Menurut pembuat perisa makanan itu, lembaga pengarah, kecuali pengarah yang berkepentingan, telah memutuskan menerima surat cadangan daripada Ajico untuk menyusun semula AMB melalui SCR yang dicadangkan, selepas mempertimbangkan kandungan surat tersebut serta nasihat daripada penasihat bebas RHB Investment Bank Bhd.

Ad Banner

Ajico dan pengarah yang berkepentingan akan berkecuali daripada mengundi pada EGM itu dan akan memastikan individu berkaitan mereka tidak mengundi, menurut AMB dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

"Apabila selesai SCR yang dicadangkan itu, Ajico akan terus memegang baki 30.62 juta saham AMB yang tidak dibatalkan berdasarkan langkah tersebut, dan ini menjadikan AMB sebagai anak syarikat milik penuh Ajico.

"Ajico menyatakan pihaknya tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian syarikat di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd selepas selesai cadangan SCR itu," katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

OIeh itu, Ajico akan meminta AMB mengemukakan permohonan kepada Bursa Malaysia Securities untuk mengenyah senarai syarikat dan menarik balik status penyenaraian setelah selesai.

Menurut AMB cadangan SCR itu memberikan peluang kepada pemegang saham yang layak untuk keluar dan merealisasikan pegangan masing-masing dalam AMB, dengan mengambil kira kecairan dagangan saham syarikat yang rendah sekali gus peluang untuk merealisasikan pegangan pada premium berbanding harga pasaran dan faedah minimum daripada mengekalkan status penyenaraian.

Jika tiada keadaan luar jangka dan tertakluk kepada semua kelulusan berkaitan yang diperoleh, cadangan SCR itu dijangka selesai pada suku pertama tahun kalendar 2027.

-- BERNAMA