BERITA TERKINI   MB Johor hari ini umum pelantikan 10 Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Negeri | 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Mendatar Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif dan Nur Athirah Mohd Shaharuddin 

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama pada Rabu, namun hampir mendatar berbanding dolar AS apabila peniaga mengambil pendekatan berhati-hati berikutan ketidaktentuan yang berterusan mengenai konflik di Asia Barat.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan hampir tidak berubah pada 4.0870/0920 berbanding dolar AS daripada 4.0870/0910 ketika ditutup semalam.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ketidaktentuan mengenai rundingan perjanjian damai terus menjadi tumpuan apabila Amerika Syarikat (AS) dan Iran saling melancarkan serangan untuk hari ke-10 berturut-turut.

Beliau berkata hasil bon Perbendaharaan AS bagi tempoh dua tahun dan 10 tahun masing-masing naik lima dan empat mata asas kepada 4.26 peratus dan 4.63 peratus berikutan jangkaan yang semakin meningkat terhadap kenaikan kadar faedah di negara itu.

"Berikutan keadaan semasa di Asia Barat, peniaga dijangka terus mengambil sikap berhati-hati. Oleh itu, ringgit dijangka diniagakan dalam lingkungan RM4.08 hingga RM4.10 berbanding dolar AS hari ini," katanya kepada Bernama.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, ringgit dibuka tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.6596/6653 daripada 4.6682/6727 ketika ditutup pada Selasa, meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5046/5078 daripada 2.5123/5148 dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4676/4743 daripada 5.4868/4922 sebelum ini.

Prestasi ringgit bercampur-campur berbanding mata wang serantau.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1631/1672 daripada 3.1682/1716 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.1139/1352 daripada 12.1420/1579 ketika ditutup semalam.

Bagaimanapun, ringgit mendatar berbanding rupiah Indonesia dan peso Filipina, masing-masing pada 228.4/228.8 dan 6.62/6.63.

-- BERNAMA