BERITA TERKINI   Empat lagi lapangan terbang Indonesia ditutup sementara kerana abu gunung berapi merebak, penutupan Soekarno-Hatta dilanjutkan - Kementerian Pengangkutan | Lebih 600 anak Orang Asli lanjut pengajian di universiti dan kolej seluruh negara, bukti kerajaan pentingkan pendidikan - TPM Ahmad Zahid | Operasi pembenihan awan di Sarawak diteruskan ikut nasihat MetMalaysia - TPM Ahmad Zahid | Perwakilan wanita dalam Parlimen masih terlalu rendah - Teo | Wanita DAP cadang dana insentif, undang-undang kesamarataan jantina untuk tingkat penyertaan wanita dalam politik - Teo | 
Ad Banner

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, walaupun terdapat kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, harga minyak mentah yang mengukuh dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran terus didorong oleh jaminan China untuk mempergiat langkah bagi mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi tahun penuh, menyokong keyakinan terhadap prospek ekonomi.

Ad Banner

“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh kebimbangan mengenai ketegangan yang semakin meningkat di Asia Barat dan pelabur berhati-hati menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) minggu depan untuk petunjuk mengenai prospek kadar faedah AS,” katanya.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat, disokong oleh yen yang rendah dan harga minyak yang tinggi dalam ketegangan AS-Iran yang meningkat.

Setakat ini, harga minyak mentah Brent dicatatkan pada US$94.26 setong.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat 16.5 sen kepada 899.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal tidak berubah pada 722 sen sekilogram.

-- BERNAMA