BERITA TERKINI   Empat lagi lapangan terbang Indonesia ditutup sementara kerana abu gunung berapi merebak, penutupan Soekarno-Hatta dilanjutkan - Kementerian Pengangkutan | Lebih 600 anak Orang Asli lanjut pengajian di universiti dan kolej seluruh negara, bukti kerajaan pentingkan pendidikan - TPM Ahmad Zahid | Operasi pembenihan awan di Sarawak diteruskan ikut nasihat MetMalaysia - TPM Ahmad Zahid | Perwakilan wanita dalam Parlimen masih terlalu rendah - Teo | Wanita DAP cadang dana insentif, undang-undang kesamarataan jantina untuk tingkat penyertaan wanita dalam politik - Teo | 
Ad Banner

Tabung Haji Muncul Sebagai Pemegang Saham Utama Dalam Focus Point

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) muncul sebagai pemegang saham utama dalam Focus Point Holdings Bhd selepas membeli 570,000 saham biasa dalam pengendali rangkaian peruncitan optikal itu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Focus Point menyatakan dana tabung haji itu memiliki saham syarikat berkenaan pada 21 Julai, 2026.

Focus Point memaklumkan dana tabung haji itu, yang sebelum ini memegang 4.96 peratus kepentingan, kini menguasai sejumlah 31.078 juta saham biasa, yang mewakili 5.056 peratus kepentingan langsung dalam syarikat berkenaan.

Ad Banner

“Peratusan kepentingan itu tidak termasuk 1.34 juta saham biasa yang dibeli semula oleh syarikat dan disimpan sebagai saham perbendaharaan,” tambah syarikat berkenaan.

Daripada jumlah pegangan langsung sebanyak 31.078 juta saham itu, sebanyak 23.18 juta saham didaftarkan di bawah TH, manakala baki 7.90 juta saham, termasuk saham yang baharu dibeli, dipegang menerusi Citigroup Nominees (Tempatan) Sdn Bhd – Lembaga Tabung Haji (Eastspring).

--BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner