BERITA TERKINI   F1: Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mansuh bayaran pendaftaran awal USD 1 juta, penganjuran percuma oleh Malaysia - PM Anwar | Keamanan dan kecemerlangan negara anjur program antarabangsa faktor Malaysia dipilih jadi tuan rumah perlumbaan F1 - PM Anwar | Sultan Nazrin cadang rangka kerja Tadbir Urus Wakaf Global sebagai prinsip teras yang boleh diterima pakai secara sukarela oleh institusi wakaf | Sultan Nazrin seru platform wakaf tunai digital diperluas untuk tingkat ketelusan | RUU Statistik 2026 dijangka diwartakan hujung tahun ini, Jabatan Perangkaan Malaysia kini dikenali sebagai Jabatan Statistik selepas akta itu berkuat kuasa - Akmal Nasrullah | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Khamis, seiring dengan kenaikan pasaran niaga hadapan getah serantau dan lonjakan harga minyak mentah.

Seorang peniaga berkata sentimen pasaran turut meningkat didorong oleh data ekonomi China yang positif apabila pendapatan fiskal negara itu naik 4.7 peratus pada separuh pertama 2026, meningkat daripada paras dalam tempoh sebelumnya dan menunjukkan aktiviti ekonomi meningkat.

Ad Banner

“Bagaimanapun, momentum kenaikan dikekang oleh ringgit yang tinggi berbanding dolar AS dan geopolitik yang berterusan di Asia Barat,” katanya.

Beliau berkata dolar AS yang rendah berbanding mata wang utama menyokong pasaran komoditi dengan kuasa beli meningkat dalam kalangan pembeli yang menggunakan mata wang lain dan menggalakkan permintaan untuk komoditi dalam denominasi dolar.

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat 7.5 sen kepada 906.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal menambah satu sen kepada 723.0 sen sekilogram.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA