BERITA TERKINI   PM Anwar tiba di Maldives untuk lawatan rasmi dua hari, disambut Presiden Mohamed Muizzu | Insiden Virgo Transport 8 : Indonesia akan hantar dron penyelam untuk pencarian mangsa - Ketua Basarnas | Dua kanak-kanak maut selepas terjatuh dalam longkang di Taman Desa Karangan, Kulim - Polis | Bidaan nombor pendaftaran istimewa siri H sempena sambutan Hari Malaysia dibuka 16 hingga 20 Sept - KP JPJ | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki penurunan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat. 

Pada penutup, kontrak semerta bulan Julai 2026 merosot kepada US$4,039.10 setiap auns troy daripada US$4,093.90 setiap auns troy pada Isnin, kontrak Ogos 2026 berkurang kepada US$4,058.70 setiap auns troy daripada US$4,114.50 setiap auns troy, dan September 2026 lebih rendah pada US$4,070.80 setiap auns troy daripada US$4,124.80 setiap auns troy. 

Kontrak Oktober 2026 dan Disember 2026 kedudukan menyusut kepada US$4,101.30 setiap auns troy berbanding US$4,155.30 setiap auns troy sebelumnya. 

Ad Banner

Jumlah dagangan meningkat kepada 91 lot berbanding 41 lot semalam, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 166 kontrak daripada 117 kontrak sebelumnya. 

Harga emas fizikal berada pada US$4,075.00 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association setakat 27 Julai 2026. 

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner