BERITA TERKINI   PM Anwar tiba di Maldives untuk lawatan rasmi dua hari, disambut Presiden Mohamed Muizzu | Insiden Virgo Transport 8 : Indonesia akan hantar dron penyelam untuk pencarian mangsa - Ketua Basarnas | Dua kanak-kanak maut selepas terjatuh dalam longkang di Taman Desa Karangan, Kulim - Polis | Bidaan nombor pendaftaran istimewa siri H sempena sambutan Hari Malaysia dibuka 16 hingga 20 Sept - KP JPJ | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi dalam persekitaran permintaan meningkat untuk aset selamat, seiring dengan prestasi niaga hadapan emas yang kukuh di Bursa Komoditi AS (COMEX).

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semasa Julai 2026 meningkat kepada US$4,065.60 setiap auns troy daripada US$4,031.80 setiap auns troy pada Rabu, Ogos 2026 naik kepada US$4,084.30 setiap auns troy daripada US$4,051.40 setiap auns troy dan September 2026 menambah kepada US$4,096.40 setiap auns troy daripada US$4,063.50 setiap auns troy.

Kontrak Oktober 2026 dan Disember 2026, masing-masing naik kepada US$4,126.90 setiap auns troy daripada US$4,094.00 setiap auns troy sebelum ini.

Ad Banner

Jumlah dagangan meningkat kepada 234 lot daripada 119 lot semalam manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 304 kontrak daripada 201 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada US$4,000.85 setiap auns troy menerusi penetapan London Bullion Market Association pada 29 Julai 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner