BERITA TERKINI   Laporan penuh RCI Tabung Haji diterbitkan secara telus, tanpa tapisan - PM Anwar | Kerjasama Proton-Geely perkukuh kedudukan Proton dalam industri automotif - Johari Abdul Ghani | PRN NS: Sebanyak empat laporan berkaitan rasuah diterima setakat semalam - KP SPRM | RCI TH: Pegawai SPRM mulakan siasatan di Tabung Haji pagi ini - KP SPRM | Op Crack: 1,306 PLKS yang diluluskan sindiket dibatalkan, Imigresen kesan individu terbabit - KP Imigresen | 

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari, Seiring Prestasi Kukuh Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari Jumaat, disokong aktiviti belian susulan prestasi kukuh kebanyakan pasaran serantau.

Pada 12.30 tengah hari,  FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.33 mata kepada 1,728.73 daripada paras 1,720.40 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks utama itu dibuka 0.83 mata lebih tinggi kepada 1,721.23 sebelum bergerak antara 1,715.67 dan 1,730.12 sepanjang sesi dagangan pagi.

Ad Banner

Sentimen pasaran secara keseluruhan positif dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 609 berbanding 350, manakala 497 kaunter tidak berubah, 1,285 tidak diniagakan dan 56 digantung.

Jumlah dagangan mencecah 1.60 bilion saham bernilai RM1.35 bilion.

Di peringkat serantau, Indeks Komposit KOSPI Korea Selatan melonjak 14.81 peratus kepada 6,422.22, Nikkei 225 Jepun meningkat 3.65 peratus kepada 64,124.55 dan Indeks Komposit SSE Shanghai naik 0.76 peratus kepada 3,833.65.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Bagaimanapun, Indeks Komposit IDX Indonesia susut 0.48 peratus kepada 6,216.28, Indeks Hang Seng Hong Kong turun 0.11 peratus kepada 25,830.58 dan Indeks Straits Times Singapura merosot 0.82 peratus kepada 5,626.87.

Pada tengah hari, saham teknologi mendahului senarai kaunter untung di Bursa Malaysia selepas Microsoft melaporkan pendapatan lebih baik berjumlah US$90 bilion bagi suku keempat tahun kewangan 2026 berakhir 30 Jun, meningkat 18 peratus berbanding suku yang sama tahun sebelum itu.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank, Tenaga Nasional dan CIMB masing-masing meningkat dua sen kepada RM10.90, RM14.64 dan RM7.85, manakala Public Bank naik tiga sen kepada RM5.19. IHH Healthcare pula susut satu sen kepada RM8.34.

Bagi saham aktif, Zetrix AI meningkat dua sen kepada 73.5 sen, NationGate pulih lapan sen kepada RM1.21, V.S Industry menambah 1.5 sen kepada 23.5 sen, SFP Tech Holdings meningkat tiga sen kepada 36.5 sen dan HHRG naik satu sen kepada 13.5 sen.

Dalam kalangan kaunter untung utama, Malaysian Pacific Industries melonjak RM2.74 kepada RM45.74, Nestlé meningkat RM2.70 kepada RM102.20, ViTrox melonjak 79 sen kepada RM8.79, Pentamaster menambah 35 sen kepada RM5.35 dan Petronas Dagangan naik 36 sen kepada RM19.56.

Sementara itu, kaunter paling rugi, Concrete Engineering susut 16 sen kepada RM3.30, diikuti United Plantations yang turun 14 sen kepada RM33.56. Allianz Malaysia susut satu sen kepada RM21.10, Hong Leong Industries merosot lapan sen kepada RM17.92 dan Kim Hin Industry turun enam sen kepada 82 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 81.52 mata kepada 12,775.85, Indeks FBM Top 100 menambah 78.20 mata kepada 12,609.51 dan Indeks FBM Mid 70 naik 187.03 mata kepada 18,155.82.

Indeks FBM Emas Syariah meningkat 106.35 mata kepada 12,636.85, manakala Indeks FBM ACE melonjak 60.55 mata kepada 4,983.32.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 1.52 mata kepada 188.52, Indeks Tenaga naik 4.26 mata kepada 765.32 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 66.55 mata kepada 20,320.37. Bagaimanapun, Indeks Perladangan susut 7.14 mata kepada 9,319.92.

-- BERNAMA