BERITA TERKINI   Glasgow 2026: Atlet berbasikal trek Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mara ke separuh akhir acara pecut wanita | Untung bersih Fraser & Neave (F&N) meningkat kepada RM93.58 juta bagi suku ketiga, manakala perolehan turun kepada RM1.20 bilion berikutan prestasi rendah F&B Indochina  | PRN NS: Mengundi tentukan masa depan, pilih pemimpin amanah - Fahmi  | PRN NS: Manfaatkan baki tempoh kempen untuk bekerja, bukan buat ramalan keputusan pilihan raya - PM Anwar  | Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka dilancarkan pada Disember ini - Akmal Nasrullah | 

CAAM Siasat Penahanan Juruterbang Malaysia Di Indonesia Dari Sudut Kawal Selia

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sedang menyiasat laporan penahanan seorang juruterbang Malaysia di Indonesia dari sudut pengawalseliaan, termasuk untuk menentukan sama ada wujud sebarang kelemahan sebelum juruterbang itu berlepas dari Malaysia.

Menurut CAAM pihaknya sedang mengumpulkan fakta berkaitan insiden yang dilaporkan melibatkan juruterbang itu.

Ad Banner

"Aspek itu akan disiasat dari sudut kawal selia, termasuk pematuhan syarikat penerbangan itu terhadap keperluan kawal selia yang ditetapkan dan proses keselamatan operator lapangan terbang, untuk menentukan sama ada terdapat sebarang kelemahan sebelum individu itu berlepas dari Malaysia," katanya kepada Bernama hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan laporan seorang juruterbang warga Malaysia berusia 39 tahun ditahan pada 29 Julai selepas didakwa cuba menyeludup kira-kira 25 kilogram pil ekstasi bernilai sekitar 60 bilion rupiah (1 juta rupiah = RM225.20).

Menurut CAAM, sebagai tindakan segera, pihaknya akan meningkatkan pemantauan terhadap keperluan kawal selia sedia ada berkaitan pemeriksaan bagasi dan prosedur keselamatan, termasuk yang dikenakan kepada kru penerbangan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Menurut pihak berkuasa Indonesia, dadah itu merangkumi kira-kira 70,114 pil ekstasi dan empat gram metamfetamin kasar, yang dipercayai disembunyikan dalam bagasi suspek sebelum ditemui ketika pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.

-- BERNAMA