BERITA TERKINI   PM Anwar tiba di Maldives untuk lawatan rasmi dua hari, disambut Presiden Mohamed Muizzu | Insiden Virgo Transport 8 : Indonesia akan hantar dron penyelam untuk pencarian mangsa - Ketua Basarnas | Dua kanak-kanak maut selepas terjatuh dalam longkang di Taman Desa Karangan, Kulim - Polis | Bidaan nombor pendaftaran istimewa siri H sempena sambutan Hari Malaysia dibuka 16 hingga 20 Sept - KP JPJ | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup meningkat pada hari ini.

Kontak bulan semasa Julai 2026 naik 6.0 mata kepada 1,722.5, Ogos 2026 menokok 14.5 mata kepada 1,732.5, September 2026 menambah 13 mata kepada 1,710.5 manakala Disember 2025 meraih 15 mata kepada 1,714.0.

Jumlah dagangan susut kepada 14,966 lot berbanding 30,474 lot semalam manakala kepentingan terbuka turun kepada 54,476 kontrak daripada 72,632 kontrak sebelum ini.

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI menambah 4.50 mata kepada 1,724.90 berbanding penutup semalam pada 1,720.40.

-- BERNAMA 

 

Ad Banner
Ad Banner