BERITA TERKINI   Glasgow 2026: Atlet berbasikal trek Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mara ke separuh akhir acara pecut wanita | Untung bersih Fraser & Neave (F&N) meningkat kepada RM93.58 juta bagi suku ketiga, manakala perolehan turun kepada RM1.20 bilion berikutan prestasi rendah F&B Indochina  | PRN NS: Mengundi tentukan masa depan, pilih pemimpin amanah - Fahmi  | PRN NS: Manfaatkan baki tempoh kempen untuk bekerja, bukan buat ramalan keputusan pilihan raya - PM Anwar  | Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka dilancarkan pada Disember ini - Akmal Nasrullah | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas menjejaki kelemahan dalam harga minyak kacang soya.

Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd, David Ng berkata sentimen pasaran turut terjejas oleh kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran dalam beberapa minggu akan datang.

Ad Banner

“Kami melihat harga akan disokong melebihi paras RM4,600 setan dan rintangan pada RM4,780 setan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, penganalisis kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics, Sathia Varqa berkata niaga hadapan minyak sawit didagangkan mendadak lebih rendah apabila peniaga memperoleh keuntungan menjelang hujung minggu.

“Peniaga sedang mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengeluaran anggaran bekalan dan permintaan Julai pada minggu depan,” katanya. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada penutupan, kontrak Ogos 2026 jatuh RM23 kepada RM4,531 satu tan dan September 2026 susut RM39 kepada RM4,604 satu tan.

Kontrak Oktober 2026 turun RM40 kepada RM4,643 satu tan, manakala November 2026 dan Disember 2026 masing-masing berkurangan sebanyak RM39 kepada RM4,675 serta RM4,704 satu tan. Januari 2027 pula menyaksikan kejatuhan sebanyak RM38 kepada RM4,732 satu tan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 64,096 lot berbanding 67,530 lot yang disaksikan pada Khamis, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 301,947 kontrak daripada 302,397 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Selatan Ogos menurun RM20 kepada RM4,530 setan. 

-- BERNAMA