BERITA TERKINI   RCI TH: Bekas timbalan pengurus besar projek pembinaan TH Properties didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan subahat pecah amanah | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis.

Kontrak Ogos 2026 dan September 2026 turun 21 mata masing-masing kepada 1,734.0 dan 1,711.5, manakala kontrak Disember 2026 dan Mac 2027 susut 19.5 mata masing-masing kepada 1,713.5 dan 1,698.5.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 8,228 lot daripada 11,060 pada Rabu, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 49,428 kontrak daripada 51,278 kontrak sebelumnya.

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 11.02 mata kepada 1,737.15, daripada paras 1,748.17 pada Rabu.

-- BERNAMA

Ad Banner